Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 16, 2014

BENTONG - JAMUAN RAYA TAMAN BUKIT INDAH




BENTONG - Satu majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan oleh penduduk Taman Bukit Indah, Bentong. Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Dato Seri Liow Ting Lai.

Didalam majlis ini, beliau telah memberikan penerangan kepada penduduk setempat mengenai tragedi pesawat MH17 dan beliau juga mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak diatas kebijaksanaan beliau memujuk pihak pemberontak di Ukraine supaya memberikan kerjasama dan kebenaran untuk mengambil jenazah mangsa MH17 dan juga kotak hitam pesawat.

Dato Seri Liow Tiong Lai juga didalam majlis yang sama telah mengecam perbuatan Adun pembangkang di Bentong kerana tidak menjalankan tugas sebaliknya hanya mencari salah dan membuat cerita yang tidak berasas.

Dato Seri Liow telah  menerangkan isu ketiadaan penghawa dingin di wad baru Hospital Bentong kepada penduduk Taman Bukit Indah.

"Sememangnya didalam pelan mana mana hospital kerajaan, penghawa dingin tidak disediakan. Penghawa dingin di wad lama lelaki dan perempuan di Hospital Bentong itu adalah hasil inisiatif beliau sendiri selaku Ahli Parlimen Bentong dan juga sebagai Menteri Kesihatan pada waktu itu. Oleh itu ketiadaan penghawa dingin di wad baru tidak seharusnya menjadi isu".

Selain itu, Dato Seri Liow telah meluluskan permohonan penambahbaikkan kawasan riadah di Taman Bukit Indah.

Dato Seri Liow juga mengucapkan tahniah kepada penduduk Taman Bukit Indah kerana sentiasa bersatu padu dalam menjayakan apa apa program di kawasan berkenaan.

0 comments:

share2