Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 31, 2012

KERETA TERJUN TASIK DI KUALA TEMBELING

Kenderaan yang terhumban kedalam tasik 


Satu kemalangan misteri dimana sebuah kenderaan persendirian telah terjunam ke dalam tasik memancing di tepi jalan laluan Jerantut ke Kuala Lipis tidak jauh dari jeti ke Taman Negara di Kuala Tembeling. Kemalangan yang berlaku sekitar jam 1 tengahari tadi (31hb Disember) melibatkan sebuah keluarga seramai 5 orang termasuk seorang kanak-kanak berumur 1 tahun lebih.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kehilangan jiwa dilaporkan, demikian menurut saksi yang berada ditempat kejadian. Kemalangan berlaku berkemungkinan kerana keadaan jalan yang licin berikutan hujan berpanjangan diseluruh daerah Jerantut bermula sejak petang semalam.

Pemandu-pemandu kenderaan adalah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memandu dengan cermat dimusim tengkujuh ini memandangkan kemungkinan berlaku kemalangan adalah lebih tinggi berbanding waktu-waktu biasa.

Keadaan jalan Jerantut - Kuala Lipis yang buruk dan tidak dibaiki juga menyumbang kepada kemalangan yang sering berlaku. Trailer-trailer bijih besi yang dilaporkan banyak melakukan kerosakan jalanraya juga dilihat sebagai punca utama kerosakan jalanraya dikawasan berkenaan.



Tasik Memanding Kuala Tembeling


 Pemilik kenderaan berusaha lakukan sesuatu kepada kenderaannya


 Sebahagian penduduk yang menyaksikan kejadiaan berkenaan


 Saksi kejadiaan dimana sumber maklumat didapati


Read more »

Sunday, December 30, 2012

Peneroka Felda PAS Ditipu Mazlan Aliman


Nama Mazlan Aliman cukup sinonim dengan peneroka Felda yang menjadi pengikut taksub PAS. Mazlan yang merupakan pengerusi ANAK cukup suka masuk kedalam Felda Felda untuk menipu peneroka Felda. . Mazlan ni jenis manusia penipu. Cukup sesuailah dengan parti PAS ni.

Dalam sedap dia menipu, tak sangka dia ni juga menipu peneroka Felda yang merupakan ahli PAS sendiri. Cukup sedap dia menghasut peneroka Felda yang merupakan ahli PAS ni menyaman FELDA. Peneroka ini menang saman tersebut tetapi malangnya rupa rupanya peneroka ni dalam cerdik, dah terkena dengan Mazlan.

Bila menang saja saman, duit saman tu bukannya dapat kepada peneroka sebaliknya masuk ke dalam poket Mazlan dan para peguamnya. Dan sekarang baru terduduk semua puak peneroka yang tak sedar diri ni.
Duit menang saman dapat RM11.37 juta ringgit tetapi sesen pun tak dapat kat peneroka.

Mereka akhirnya sedar yang PAS, ANAK dan Mazlan Aliman bukanlah mahu membela mereka sebaliknya mahu merampas tanah dan semua harta benda mereka. Tak cukup dirampas, Mazlan turut menyaman mereka sehingga RM10 juta ringgit supaya peneroka ini menutup kes ini. Sampaikan ada yang sakit kena stroke sebab kena saman dengan Mazlan sendiri.


Read more »

Himpunan Shamsidar Bukti Anwar Kecelaruan Mental


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.

Read more »

Abby Abadi Dan Fitnah Berpisah Tiada


Tiada siapa menyangka, seorang artis yang mencapai tahap veteren boleh terjebak ke dalam politik kepartian. Pada mulanya dia memberikan alasan untuk berhijrah kononnya parti pilihannya adalah parti agama. Namun lebih mengejutkan artis itu yang usianya sudah agak berusia itu tanpa segan silu begitu rancak membuat fitnah kepada umat islam diatas nama parti politik anutannya sekarang.

Untuk masuk kemana mana parti politik, itu tidak dilarang sama sekali kerana negara ini adalah negara demokrasi. Tetapi apabila masuk ke dalam politik diatas alasan berhijrah dan kemudian tanpa segan silu membuat cerita fitnah kesana kemari, adakah itu hijrah yang dia maksudkan sebelum ini?

Artis veteren ini tanpa segan atau malu, memfitnah orang islam menjual tanah Felda, merampas tanah rakyat dan menganiaya rakyat miskin. Tetapi adakah beliau sedar, bahawa selama ini parti anutannya telah melakukan perkara yang dia tuduhkan itu kepada orang lain ?

UMNO tidak pernah merampas tanah rakyat secara zalim, tidak menipu orang orang Felda malah UMNO lah yang memulakan Felda. Sedangkan PAS yang beliau agungkan sebenarnya langsung tidak mempedulikan hal kebajian rakyat. Lebih dua puluh tahun PAS memerintah, masalah air masih menjadi isu di Kelantan. Begitu juga dengan tanah orang asli yang dirampas atas nama Ladang Rakyat sedangkan tanah itu dijual kepada syarikat Singapura. Dan hak orang asli telah dinafikan.

Dan terbaru, PAS telah kantoi dalam isu menggadaikan tanah di Kelantan kepada dua cina bersaudara daripada DAP semata mata untuk menaikkan seorang ahli mereka menjadi MB di Perak pada tahun 2008. Adakah ini semua bukan kezaliman? Atau adakah ini dianggap sebagai rahmat tuhan kepada rakyat jika mengikut kefahaman kepartiannya ?

Tepuk dada tanyalah iman. Beliau mungkin boleh cuba menipu umat islam dengan penampilan muslimahnya sekarang tetapi dari segi perbuatan dan lafaz yang dia lakukan, umat islam tahu beliau hanyalah salah seorang penipu dan pemfitnah yang bertopengkan agama, sama seperti parti politik yang dia sokong sekarang.

Read more »

Friday, December 28, 2012

Amanat Sesat Menghancurkan Umat Islam

Sehingga kini, Hj Hadi masih bersembunyi dan enggan menjawap mengenai isu Amanat Hadi yang dibuatnya pada tahun 1981. Amanat yang jelas membawa mudarat kepada umat islam apabila ada umat islam yang mempercayai amanat ini adalah benar dan wajib ditaati sepertimana mereka mentaati perintah Allah s.w.t

Sekarang jawaplah Hj Hadi. Segeralah meminta maaf kepada umat islam. Jangan menjadi bacul setelah melakukan kerosakan kepada umat islam di negara ini. Hj Hadi perlu bertanggungjawap kepada mereka yang teraniaya kerana amanat sesatnya dahulu. Hj Hadi perlu bertaubat !


Read more »

Fatwa Dan Amanat Pemimpin PAS Hanya Alasan Mengejar Dunia


'Fatwa' yang dikeluarkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Amanat Haji Hadi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat adalah helah politik semata-mata.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, fatwa Nik Abdul Aziz yang mendakwa UMNO murtad serta Amanat Haji Hadi mengkafirkan UMNO bukan sahaja mendatangkan kesan buruk malah turut mengelirukan umat Islam di negara ini.

"Fatwa dan amanat yang dikeluarkan kedua-dua pemimpin itu bukannya fatwa Islam sebaliknya hanya fatwa dan helah politik semata-mata.

"Nik Abdul Aziz dan Hadi kena tarik balik. Apa benda ini sekejap UMNO murtad sekejap mungkar. Ia beri kesan buruk kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, semalam.

Tambah Ahmad, Pas juga tidak mempunyai pendirian tetap mengenai perjuangan sebenar parti itu yang mahu menubuhkan negara Islam.

Katanya lebih teruk, Pas sanggup menggadaikan pendirian mereka semata-mata untuk memenangi pilihan raya umum dan memuaskan hati rakan pakatannya iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Lihat sahaja dari mahu menubuhkan negara Islam, kini telah berubah kepada kebajikan malah lebih teruk peraturan-peraturan Islam yang dilaksanakan khususnya di Kelantan sebelum ini turut telah berubah.

"Sekejap tak benarkan perempuan menggunting rambut lelaki, sekejap benarkan pula, sekejap perempuan tidak boleh memasuki tilawah, sekarang boleh pula. Perubahan 360 darjah itu sering kali Pas lakukan," katanya.

Read more »

BANJIR DI PAHANG SEMAKIN PULIH


Petugas dan sukarelawan kerajaan BN membantu mangsa banjir 
menyediakan makanan. Foto sumbangan Hazlan Niza


Berikutan hujan yang semakin reda hampir diseluruh negeri, paras air dikebanyakan daerah yang dilanda banjir juga semakin surut.

Didaerah-daerah pedalaman Pahang seperti Lipis dan Jerantut hujan sudah berhenti dan cuaca semakin cerah. Paras air di Kuala Tahan juga sudah turun hampir kepada paras biasa.

Di Cendor dan Cerating, Pusat Pemindahan juga sudah ditutup sejak semalam. Pusat Pemindahan yang dibuka hanya tinggal 4 sahaja dengan seramai hanya 391 mangsa yang masih berada dipusat-pusat pemindahan berkenaan. Demikian dilaporkan oleh Hafez Salleh.

Bagaimanapun. seluruh penduduk yang tinggal dikawasan-kawasan yang sering dilanda banjir diharapkan sentiasa berhati-hati dan dalam keadaan bersiapsedia untuk berpindah pada bila-bila masa apabila diarahkan berikutan kemungkinan banjir susulan yang mungkin berlaku.

Foto-foto lawatan banjir Tengku Mahkota Pahangoleh Najib Mohd:







Read more »

Anwar Desak 10 Saksi Digugurkan


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.

Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya. - Beruang Biru

Read more »

Wednesday, December 26, 2012

RELA - Wira Rakyat


BANYAK perkara sudah dilaksanakan, banyak kerja sudah diselesaikan, banyak amanah juga berjaya disempurnakan. Malahan pertambahan anggotanya sudah menjadi berganda dari hanya kurang dari 500,000 kini sudah menjangkau hampir 4 juta orang. Ini satu pencapaian luar biasa terutama dalam senario sukarela sebagaimana yang diharapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika sebelumnya anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) seperti menjadi penyeri majlis dan nasi tambah sebagai pembantu di dalam kerja-kerja ruji masyarakat seperti majlis kenduri kahwin atau tukang tembak musuh tanaman, serta tukang tahan kenderaan bila pasukan keselamatan lain melaksana tugasan, tetapi kini gerak kerja mereka lebih mantap dan teratur.

Pelbagai pancaroba, cabaran sudah berjaya diharungi terutama yang berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan isu-isu hak asasi manusia telah memberikan impak negatif kepada pasukan sukarela ini. Betapa tragis dan menyentuh perasaan kepada setiap anggotanya yang menyumbang masa, tenaga, kepakaran, kesetiaan malahan wang ringgit tetapi masih seperti tidak dihargai ataupun tidak disedari kepentingannya oleh ramai termasuk pihak berwajib.

Bukan sahaja seluruh organisasi pentadbiran pasukan ini masih berada di takuk lama, lebih menyedihkan ia seperti sengaja dikesampingkan sehingga apa sahaja usaha meningkatkan mutu, kecekapan pengurusan malahan imbalan terhadap pengurusan masih belum diberikan kelulusan dan perhatian yang wajar.

Janji menjadikan organisasi ini sebuah jabatan sudah hampir sedekad berlalu. Sudah bersilih ganti menteri dan timbalannya, begitu juga Ketua Setiausaha juga namun Rela masih ditakuk lama walaupun jasa dan sumbangannya sentiasa ditagih tanpa mengira masa.

Perdana Menteri kita menguar-uarkan bahawa kita perlu memacu semangat sukarelawan kepada generasi muda. Supaya generasi ini akan mempunyai motivasi dan hala tuju bagi melaksanakan misi sejagat mengenai keamanan, kemanusiaan, kesejahteraan dan kesaksamaan di seluruh pelosok dunia tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan status sosial semata-mata. Rela segera mengorak langkah dan rencana menyambutnya. Seruan Perdana Menteri perlu diberikan sokongan. Lantas, wacana ini perlu digerak segera dan Rela sudahpun menjadi kepala dalam menggerakannya ke seluruh negara dan ia disokong oleh fakta dan angka penambahan anggota yang begitu nyata.

Sejarah dan pelbagai pengalaman mereka terutama dalam isu berkaitan PATI dan program pencegahan bersama pelbagai pasukan keselamatan tentunya Rela patut menerima perhatian khusus sebagaimana yang diperolehi oleh lain-lain agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Malahan, Kementerian-kementerian lain juga menyedari serta memperakukan sumbangan Rela seperti mana Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi termasuk pihak swasta yang sentiasa bekerjasama mahu Rela bersama dalam pelbagai aktiviti mereka.

Mungkin wujud sedikit komentar negatif mengenai pasukan ini yang sepatutnya dinilai dengan berlapang dada dan bukan sebaliknya. Kerana, jangan disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Mungkin lebih banyak tohmahan daripada fakta yang di tuding kepada pasukan ini demi melemahkan peranan sebenar mereka dalam menjadi penggerak utama di sesuatu kawasan apabila berlaku bencana dan ancaman keselamatan melalui strategi 5K yang sudah dikenalpasti sebelumnya.

Kita bimbang dan takut bahawa dalam suasana kritikal masa kini, anasir subversif merancang perang psikologi secara amat teratur. Kerana mereka sudah mengenalpasti benteng-benteng halangan bagi merealisasikan agenda buruk mereka untuk merampas kuasa. Malahan sejak tumpasnya komunis dan Bintang Lima ketika darurat mereka sudah mendapat pengajaran dan bukti bahawa semangat sukarelawan pasukan asas seperti Jungle Squad dan Home Guard memang tidak boleh diperlekehkan.

Peranan pasukan-pasukan di atas kemudiannya diwariskan kepada Rela. Meskipun saban waktu dilaksana proses penambahbaikan tetapi fungsi keselamatan dan kesejahteraan setempat tetap menjadi kata kunci kepada seluruh pergerakan pasukan ini yang amat efisien sehingga berjaya menumpaskan secara total pergerakan subversif dalam negara ini.

Akhirnya, apabila negara sudah aman, kemakmuran meningkat, pelbagai kejayaan sudah dicipta maka peranan pasukan ini semakin dilupakan. Cuma apabila ancaman penyeludupan Pati menjadi begitu berleluasa dalam dekad lalu, Rela diberikan tugas khusus bagi membanteras dan membantu agensi utama seperti Imigresen dan Polis Diraja Malaysia membuat tangkapan, menguruskan depot tahanan dan sebagainya.

Kemudian, selepas tamatnya PRU-12 berlaku senario dalam negara yang sangat mencabar dan berbeza apabila pihak pembangkang mencapai kejayaan yang sangat besar dan menakjubkan. Lantas, nafsu mereka membuak-buak untuk menguasai pentadbiran seluruh negara termasuk bertapak di Putrajaya sebagaimana hasrat dan agenda yang pernah mereka laungkan lama dahulu pada 1969.

Apakah kita fikir bahawa segala agenda, tohmahan dan juga usaha memperkecilkan peranan Rela itu hanya berlaku secara kebetulan? Kalau itu yang difikirkan, kita perlu menelitinya semula dengan lebih saksama kerana tidak ada perkara yang berlaku dewasa ini secara spontan. Malah tidak keterlaluan kalau ditekankan di sini sebenarnya ia adalah memang disengajakan malah dijadikan agenda utama oleh mereka yang benar-benar arif dalam strategi 'psi war'.

Tidak perlu hairan apabila isu keganasan anggota diberikan perhatian di peringkat antarabangsa tetapi kita perlu lebih hairan maklumat itu diperoleh daripada siapa dan benarkah itu satu fakta. Sedangkan, kalau dibuat perbandingan dengan sistem penguatkuasaan oleh 'border security' di negara lain lebih brutal dan di luar batas kemanusiaan berbanding dengan sedikit insiden terpencil di negara kita.

Bandingkan pula ancaman keselamatan yang dijana oleh PATI yang kita tidak mempunyai rekod latarbelakang mereka. Jadikan Rohingya sebagai satu fakta perbandingan di mana layanan di luar batasan kemanusiaan bukan menjadi kayu pengukurnya jika dilihat betapa berhemahnya kita menangani kebanjiran Pati dalam negara.

Paling ditakuti oleh musuh negara adalah terhadap maklumat, pengetahuan dan kepakaran anggota pasukan ini yang seratus peratus adalah ahli masyarakat setempat itu sendiri. Di mana, sudah tentu sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat di kawasan berkenaan segala macam maklumat baik yang positif atau negatif adalah dalam makluman mereka. Inilah yang dikatakan sebagai sumber maklumat prima.


Kerana itu, sebarang aktiviti setempat sekiranya tidak mematuhi undang-undang negara malah menjadi ancaman keselamatan sebenarnya sentiasa dalam makluman anggota Rela di seluruh negara sekiranya ia boleh dikutip dan dianalisis melalui sistem yang baik dan terurus.

Meskipun hasrat membesarkan keahlian Rela termaktub dalam agenda menggalakkan aktiviti sukarela tetapi ia lebih hebat jikalau diiringkan dengan pembinaan jati diri, pengukuhan budaya bangsa, serta peningkatan jaminan keselamatan di seluruh negara tanpa mengambil kira spot-spot yang dijanakan melalui program hot spot dan polisi komuniti semata-mata.

Banyak pihak termasuk ahli politik di dalam kerajaan sendiri agaknya sudah lupa bagaimana Rela sudah memainkan peranan mereka selama ini. Lantas, kealpaan itu kini diambil kesempatannya oleh si Polan yang sudah masak dengan strategi pilihan raya. Mereka semua seolah-olah kini sepakat untuk melondehkan terus semua jentera Rela supaya tidak mampu lagi menjadi benteng pertahanan utama setempat.

Lantas jadilah kini pasukan Rela sebagai pemeriah acara, tukang arak pemimpin negara, tukang heboh sini dan sana sehingga ada satu peranan utama mereka juga dilucut secara tidak ketara. Tentu ada yang tidak menyedarinya, atau bolehkah kita andaikan bahawa mereka ini juga sebenarnya menjadi dalang di dalam selimut negara.

Renungilah tulisan ini dengan dada yang lapang, mata yang terang dan jangan pula berhati walang. Kerana meskipun sudah agak terlewat, tetapi tindakan jangan kekwat supaya kita tidak dilaknat. Gerakan segera tindakan supaya wira yang tidak di dendang tidak menjadi berang akibat sentiasa jadi seperti bola yang sentiasa di tendang. Baik ke tepi atau ke tengah gelanggang akhirnya mereka terbuang dari padang.

Pulihkan dan kembalikan, malah perkasakan secara total pergerakan pasukan Rela di seluruh negara. Semarakkan semangat kesukarelaan negara bersama agenda utama memapankan, mempertahankan malah melaksanakan transformasi kemanusiaan sejagat secara berterusan.

Read more »

Jumlah Mangsa Banjir Semakin Meningkat


Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila sebanyak 2,152 orang ditempatkan di 12 pusat pemindahan di sini, Rompin dan Pekan hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis negeri, sehingga pukul 12 tengah hari, bandar ini mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,632 orang ditempatkan di 10 pusat pemindahan di sini.

Katanya, Pekan mencatatkan seramai 167 orang diikuti Rompin, 57 orang dengan masing-masing satu pusat pemindahan dibuka di kedua-dua daerah itu.

Read more »

Pemaju Hartanah Dipelawa Bina Rumah PR1MA

Kerajaan negeri mempelawa pemaju hartanah berwibawa melaksanakan projek perumahan mampu milik seperti mana konsep Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi mengatasi masalah perumahan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, untuk itu pihaknya bersedia menawarkan tanah secara percuma kepada mana-mana pemaju yang mampu membangunkan projek tersebut bagi membolehkan lebih ramai penduduk berpendapatan rendah dan golongan muda memiliki rumah.

"Kerajaan negeri juga akan menanggung kos infrastruktur asas dengan syarat rumah yang dibina itu berharga antara RM70,000 hingga RM150,000 serta margin keuntungan dalam 30 peratus sahaja kepada pemaju.

"Bagi pemaju yang berminat, mereka boleh mengemukakan kertas cadangan projek dan rekod kejayaan syarikat supaya projek ini mencapai matlamat seperti mana dirancang," katanya selepas merasmikan Majlis Gerak Mesra Peti Undi Kampung Lebu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut di Dewan Orang Ramai Kampung Lebu, baru baru ini.

Menurut Adnan, kerajaan negeri tidak meletakkan sebarang sasaran bagi pembinaan rumah tersebut, sebaliknya akan berusaha membina seberapa banyak rumah mampu milik di seluruh daerah supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

"Mengikut rancangan, rumah yang dibina itu sangat selesa untuk keluarga yang mempunyai tiga bilik tidur, dua tandas, ruang dapur dan ruang tamu.

"Kita akan beri keutamaan kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah dan dijangka projek ini akan dimulakan di Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands pada tahun depan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain Adnan berkata, sewa tertunggak Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang tidak dijelaskan penghuni sehingga kini meningkat kepada RM20 juta.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang mempunyai hutang tertunggak itu supaya menjelaskannya bagi membolehkan kerajaan dapat melaksanakan projek lain.

Mengenai pemilikan tanah di daerah ini, beliau memberi jaminan hanya mereka yang layak akan diberi keutamaan diluluskan permohonan.

"Ada permohonan di lokasi tertentu berlapis dengan individu lain sedangkan kawasan itu sudah ada pemilik asal sebelum tahun 1926 lagi," ujarnya.

Read more »

Tuesday, December 25, 2012

MAKLUMAT BANJIR PAHANG TERKINI.

Sg Tembeling di Kuala Tahan. Foto sumbangan En. Abdullah


Maklumat Laporan banjir didaerah pedalaman Pahang. Di Kuala Tahan, walaupun hujan sudah sedikit reda namun langit masih gelap. Paras air bagaimanapun masih naik. Bacaan di Jambatan Sungai Ak pada pukul 5.28 petang tadi adalah 68.31. Sumber yang pihak kami dapati dari En. Zainuddin Daman di Kuala Tahan.

Dalam perkembangan lainnya, Cik Noridal melaporkan kedudukan mangsa pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan adalah 158 lelaki dewasa, 167 perempuan dewasa, 83 kanak-kanak lelaki, 76 kanak-kanak perempuan, 5 bayi lelaki, 6 bayi peempuan, 24 warga emas lelaki, 21 warga emas perempuan. Jumlah keseluruhan adalah 543 orang yang melibatkan 177 buah keluarga.

Jalan Bukit Kuin sepanjang 500 meter masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air sedalam 1.2 meter. Maklumat dari Balai Polis Pancing. Demikian dilaporkan oleh En. Hafez PahangKu. Talian Hotline Banjir Majlis Perbandaran Kuantan di 09-5519843 juga dibuka untuk makluman awam.

Pihak PahangKu masih berharap sahabat-sahabat PahangKu dari daerah-daerah lain juga akan mengirimkan maklumat untuk kita maklumkan kepada umum melalui blog PahangKu serta Facebook Fan Page PahangKu dari masa ke semasa.

Read more »

TERKINI BANJIR DI PAHANG




Mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila 1,839 orang telah dipindagkan dan ditempatkan di 12 Pusat Pemindahan di Kuantan, Rompin dan Pekan sehingga jam 1.00 tengahari tadi.

Kepada sahabat-sahabat seluruh Pahang boleh maklumkan keadaan banjir di kawasan masing-masing dengan memaklumkannya di facebook fan page PahangKu supaya dapat kami update-kan di portal PahangKu nanti.

Paras air di jambatan Sungai Ak Kuala Tahan sedalam 67.83 meter pada jam 2.24 petang tadi. Kerjasama dan sumbangan sahabat-sahabat diucapkan terima kasih.


Read more »

BANJIR DI PAHANG

Keadaan banjir di pusat bandar Kuantan semalam


Banjir adalah bencana alam yang berlaku saban tahun, biasanya pada bulan disember terutama dipantai timur Semenanjung. Bukanlah perkara yang menghairankan bilamana penduduk terutama dikawasan pedalaaman terpaksa menanggung kepayahan akibat banjir yang melanda.

Selain kerugian akibat kehilangan harta-benda, bahkan menghadapi kemungkinan kehilangan nyawa keluarga, mereka juga terpaksa bersusah payah berpindah kepusat-pusat perpindahan banjir yang disediakan kerajaan.

Tidak dinafikan pihak kerajaan Barisan Nasional melalui beberapa agensi sentiasa memantau dan memberikan pertolongan kepada rakyat, namun rakyat sendiri diminta sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga sepanjang musim tengkujuh ini.

Rakyat diminta sentiasa mendengar hebahan mengenai keadaan banjir serta amaran dan arahan berpindah yang dikeluarkan melalui radio dan tv atau apabila diminta berbuat demikian bilik gerakan daerah masing-masing.

Paras air di Kuala Tahan pada pukul 12.53 tadi adalah 67.83 meter, iaitu ditahap kuning paras berjaga-jaga. Ramalan cuaca juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Meterologi Malaysia (Klik Sini)


 Banjir di Kuala Tahan, akibat limpahan air Sungai Tembeling


Jeti Taman Negara Resort


 Pulau Agoh yang sudah ampoh


Bandar Kuantan yang ditenggelami banjir kilat semalam


Sistem pengangkutan lumpuh akibat banjir kilat yang berlaku semalam

Read more »

Monday, December 24, 2012

DAP TAKUT SAHUT CABARAN!!!


Bertempat di Tokong Cina Kampung Telemong, seramai 50 orang ahli dan penyokong MCA berkumpul bagi membuat cabaran kepada DAP.

Mereka terdiri daripada 15 orang Pengerusi JKKB dari seluruh Daerah Bentong hadir bagi melakukan upacara sumpah memotong leher ayam.

Sebelum ini, MCA bertindak menyindir DAP kerana terpaksa menghentikan program anjuran mereka atas arahan beberapa pemimpin PAS tempatan. 
Ekoran daripada itu, MCA pula melabelkan DAP sebagai Pak Turut kepada PAS kerana takut dengan arahan sedemikian.
Walaubagaimana pun DAP telah menafikan perkara tersebut namun penafian itu dituruti dengan cabaran untuk mengangkat sumpah memotong leher ayam.
 
Sementara menunggu Ketua DAPsy Bentong, Chow Yi Hui, Pengerusi - Pengerusi JKKB dan ahli serta penyokong MCA sempat mengadakan upacara bersembahyang di Tokong tersebut. 
Mereka kemudiannya didatangi oleh sekumpulan ahli DAP yang diketuai oleh Wong Chee Man (Ketua Penaja DAP Telemong) dan memaki hamun Pengerusi JKKB yang turut serta.

Mereka mendesak agar upacara mengangkat sumpah dengan memotong leher ayam tidak dilakukan di Tokong tersebut dan mendakwa perbuatan itu hanya menyalahgunakan tokong.
Dalam pada masa yang sama, cabar mencabar berlaku diantara mereka. Penyokong - penyokong DAP turut mendesak agar Pengerusi JKKB beredar dari kawasan tersebut.

 
Atas nasihat dari AJK Tokong dan pihak keselamatan, Pengerusi JKKB serta ahli - ahli yang turut hadir bersetuju untuk tidak berada didalam kawasan tokong.

Walaubagaimana pun, mereka masih menunggu kehadiran Ketua DAPsy dihadapan bangunan MCA Telemong yang berhampiran.

Namun, setelah menunggu sehingga lewat petang, bayang Chow Yi Hui tidak kelihatan dan ayam yang hendak dijadikan alat upacara angkat sumpah itu pun dilepaskan.
Nah!!! Bukan ke itu bukti bahawa puak - puak DAPigs ni takut bila dicabar secara terang - terangan sedemikian? Bagaimana mungkin mereka mampu mentadbir Negara kelak?

Macam mana pulak diorang nak menang dalam PRU akan datang seandainya nak sahut cabaran macam tu pun diorang dah ketar lutut!!! Jangan mimpi la!!! Setakat berangan - angan kosong je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

Read more »

Hj Hadi Sakit Jiwa Kerana Amanat Sesat


MENGHUKUM orang Islam sebagai kafir kerana berbeza pendirian politik bukanlah satu perkara baharu malah sudah berakar umbi sejak munculnya sebuah parti politik yang menggunakan agama sebagai platform ideologinya. Hal ini dapat dibaca menerusi pelbagai tulisan sama ada yang ditulis oleh sarjana tempatan mahupun luar negara yang mengkaji politik orang Melayu di Kelantan untuk tempoh 1960-an hingga masa kini.

Prof. William Roff misalnya menghimpunkan beberapa rencana yang ditulis oleh pengkaji dan budaya tempatan Kelantan dalam naskhah Kelantan: Religion, Society and Politic in Malay States (1974); Prof. Clive Kessler yang melakukan kajian beberapa tahun mengenai politik Kelantan dalam Islam and Politics in a Malay State, Kelantan 1838-1969 (1978); Prof. N John Funston dalam Malay Politics in Malaysia: A Study of the Malays United Organisation and Party Islam (1980); Prof Hussin Mutalib, Islam and Ethnicity in Malay Politics (1990); Prof. Firdaus Abdullah dalam Radical Malay Politics: It Origins and Early Development (1985); dan beberapa orang lagi telah menemukan bahawa pertembungan politik yang berteraskan nasionalisme dan ideologi Islam telah menyebabkan berlakunya persoalan kafir mengkafir sesama umat Islam.

Bagaimanapun, menghukum sesama Islam yang tidak sehaluan pendirian politik menjadi semakin serius apabila seorang yang dianggap radikal dalam Pas mengeluarkan fatwa pada tahun 1981 dan kemudiannya diulang serta dicetak secara meluas untuk dijadikan “doktrin politik" dan “kehendak agama" bagi menghadapi pilihan raya umum pada tahun 1982 ekoran kemasukan Anwar Ibrahim dalam UMNO dan kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai “ultra Malay."

Kemuncaknya dapat disaksikan berlakunya perpecahan masyarakat yang lebih kritikal di beberapa buah kampung di Terengganu dan Kelantan sehingga insiden pulau memulau jiran tetangga dan sekampung, haram memakan sembelihan, sembahyang dua iman, haram menziarahi kematian orang berlainan sokongan politik, perceraian akibat berbeza parti, dan tidak kurang juga pergaduhan sehingga terputusnya silaturrahim walaupun sedarah, seagama, seketurunan ataupun dilahirkan oleh ayah dan ibu yang sama.

Konflik politik itu masih belum berakhir hingga sekarang meski pun tahap keseriusannya tidaklah sehebat situasi pada tahun 1980-an dan 1990-an. Isu ini kembali menyengat apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang beberapa hari lalu memohon maaf semasa berucap di Sidang Dewan Undangan Negeri atas kesilapan politik dan tindakannya selama ini walaupun beliau tidak pernah mengakui bahawa fatwa yang dibuatnya sejak lebih tiga dekad menjadi faktor terbesar berlakunya perpecahan dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia.

Apa pun, kerana parti berkenaan dilihat semakin terdesak, angin perubahan golongan muda untuk tidak mempercayai kepimpinan mereka yang dilihat semakin tidak relevan, maka adalah lebih manis membuat permohonan maaf meskipun ia lebih bersifat politik berbanding permohonan maaf berdasarkan kesedaran sebenar untuk mengulangi kesilapan.

Barangkali adalah lebih baik jika kita membaca semula sebuah buku kecil yang pernah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung dengan tuduhan kafir mengkafir sesama Islam. Adalah lebih baik kita cuba memahami apa yang dijelaskan dalam buku kecil yang bertajuk Penjelasan Mengenai Isu Mengkafirkan Orang Islam, Jihad dan Mati Syahid yang diterbitkan pada tahun 2002, kerana ia ditulis berdasarkan pendapat dan tafsiran ulama muktabar dan bukannya ulama politik.

Tuduhan bahawa pemimpin dan penyokong UMNO adalah kafir berdasarkan daripada penjelasan Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 44 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah), menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah); sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).

Oleh itu hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia), dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

Dalam ayat 47 surah yang sama, Allah SWT menjelaskan: “Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Ayat-ayat itulah yang menjadi sandaran atau hujah untuk melabelkan seseorang itu sebagai kafir walaupun tafsiran ulama yang muktabar membuktikan berlaku salah tafsiran (orang Pas) dan tidak menepati maksud sebenar.

Maksud sebenar ayat-ayat tersebut (Surah al-Maidah ayat 44 dan 45) ialah:

(1) Dalam kitab Tafsir Ruhul Ma‘ani Juzuk 6 halaman 130, ialah “Golongan Khawarij telah membuat hujah dengan ayat ini bahawa orang fasik (yang melakukan dosa) adalah kafir yakni tidak mukmin." Pendapat golongan Khawarij ini dijawab oleh ulama Islam dengan beberapa jawapan antaranya:

(a) Ayat tersebut tidak dimaksudkan dengan makna zahir kerana menghukum itu meskipun pengertiannya meliputi amalan hati dan perbuatan anggota lahir, tetapi yang dimaksudkan ialah amalan hati itu sendiri, iaitu “mempercayai’' atau “tidak mempercayai’' hukum Allah.

Maka tidak syak lagi bahawa seseorang itu menjadi kafir jika ia tidak mempercayai akan apa yang diturunkan oleh Allah; tetapi ia tidak kafir sekiranya ia tidak mengamalkan atau melaksanakan hukum Allah.

(b) Dalam tafsir Ruhul Ma‘ani juga dijelaskan lagi bahawa Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa ‘sesungguhnya Allah menurunkan ayat-ayat di atas (ayat 44, 45, 47 Surah al-Maidah) hanya mengenai orang Yahudi, semata-mata’' (tidak dimaksudkan kepada orang mukmin (Islam).

(c) Seterusnya Tafsir Ruhul Ma‘ani menerangkan bahawa Abi Salleh telah berkata: “Tiga ayat dalam Surah al-Maidah tersebut tidak kena-mengena dengan orang Islam, ayat tersebut adalah mengenai orang kafir’.

Jika benarlah tiap sesuatu yang dilakukan yang bertentangan dengan hukum Islam akan menjadikan seorang Islam itu kafir, maka mungkin 99.9% daripada orang Islam sudah menjadi kafir selama ini (peratusan ini sebagai gambaran yang manusia tidak maksum). Mereka tetap sebagai orang Islam walaupun mereka berkali-kali membuat dosa.

Seseorang yang murtad ialah mereka yang menolak agama Islam selepas ia memeluk Islam, dan juga orang Islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain tanpa usul periksa sedangkan orang Islam itu masih berpegang kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Oleh itu, mana-mana pemerintahan Islam di dunia ini adalah bertanggungjawab memastikan perkara ini supaya tidak menjejaskan kekuatan umat Islam. Jawapan sudahlah jelas bahawa orang UMNO tidaklah kafir kerana orang UMNO, mereka tetap beriman dengan al-Quran serta sentiasa berusaha mempertingkatkan kedudukan Islam di negara ini.

Mengenai isu dan hukum Takfir (mengkafirkan orang Islam) ini, Ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 27 - 28 Mei, 1963 telah mengeluarkan pendapat seperti berikut:

1 “...Adalah kufur mengkufurkan seseorang Islam itu satu daripada perkara yang dipandang tersangat berat di dalam agama Islam. Kiranya orang yang dihadapkan kepadanya perkataan itu tidak tepat sifat-sifat yang menjadikan dia murtad, maka kembalilah hukum murtad itu kepada orang yang berkata itu pula".

l “...Mengikut kitab karangan Syarwani dalam juzu’ 9 muka surat 88 ada mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan terburu-buru mengatakan kufur kepada seseorang Islam, apatah lagi bagi orang awam sangat tidak digemari mengeluarkan perkataan kufur kepada saudara-saudaranya yang lain."

l “...Ahli-Ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja menasihatkan setiap orang Islam bahawa kalimah kufur mengkufurkan sesama Islam itu hendaklah dipelihara daripada lidah masing-masing sama ada dalam kempen-kempen atau perbualan hari-hari atau lainnya."

l Ayat 44 Surah al-Maidah adalah ditujukan kepada orang kafir Yahudi kerana mereka mengubah hukum Allah dan menggantikannya dengan hukum ciptaan mereka sendiri. Ini jelas dari ayat tersebut yang mengisahkan turunnya kitab Taurat yang dikaitkan dengan orang Yahudi.

l Tidak menjadi kafir seseorang Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam dalam sesebuah negara selagi ia tidak mengingkari kebenaran hukum tersebut yang datang dari Allah; apatah lagi jika ia (atau mereka) tidak mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.

l Pas mengkafirkan UMNO semata-mata atas dasar perbezaan politik kerana kedua-duanya merebut pengundi Islam, khasnya orang Melayu.

Dalam hal ini, siapakah yang sebenarnya yang menolak serta memutarbelitkan al-Quran dan al-Sunah? Siapakah yang sebenarnya kafir?


Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Jangan engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (Surah Sad, Ayat 26).

Maka wajarlah Presiden Pas itu mengambil pendirian memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di Malaysia dan dengan hati penuh ikhlas menarik balik fatwa yang telah banyak meninggalkan kesan negatif sehingga mengakibatkan pecah belah masyarakat dan suasana persaudaraan yang dibingkaikan oleh tafsiran politik matlamat menghalalkan cara.

Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia (Yadim)

Read more »

Imej Rela Dipertahankan


Anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) diminta mempertahankan imej pasukan beruniform itu dengan menjalankan tugas secara penuh integriti bagi mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap mereka.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, selain itu anggota Rela perlu berada di belakang kerajaan pada setiap masa dalam mempertahankan keamanan dan tidak membiarkan pihak-pihak tertentu bertindak mencalar imej negara.

"Bagi kerajaan pula, kita sentiasa menghargai peranan serta sumbangan anggota Rela walaupun hanya sebagai sebuah pasukan sukarela.

"Ini termasuk langkah menstruktur semula Rela sebagai sebuah jabatan dan menaikkan elaun tugas yang merupakan tindakan tepat untuk mengangkat imej Rela," katanya selepas melancarkan Program Rela Bersama Komuniti.

Dalam majlis berkenaan, Mohamad Shahrum memeriksa perbarisan seramai 100 orang anggota Rela dan melancarkan Tabung Gaza untuk membantu penduduk Palestin yang ditindas oleh kekejaman Israel.

Menurut beliau, usaha menambah baik organisasi akan memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai peranan Rela selaras transformasi kerajaan untuk membolehkan pasukan itu muncul sebagai organisasi tersusun, berintegriti serta 'berwajah' 1Malaysia.

"Bagi membalas kepercayaan itu, anggota Rela perlu sentiasa menjaga imej serta tingkah laku mereka ketika menjalankan tugas untuk mengelakkan sebarang tanggapan negatif," ujarnya.

Anggota Rela katanya, akan bersedia untuk mengikuti sebarang latihan serta kursus bagi meningkatkan lagi pengetahuan dalam menjalankan tugas-tugas masing-masing.

Terdahulu, Mohamad Shahrum yang juga Brigedier Jeneral (Kehormat) Rela meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menambah baik kemudahan lojistik iaitu pejabat dan menyediakan trak yang digunakan untuk memunggah para anggota semasa bertugas dan menjalani latihan mingguan.

"Kekurangan kemudahan ini agak ketara di kawasan bandar dan pekan sehingga kadang-kadang mengganggu keselesaan anggota bertugas berbanding pasukan beruniform sukarela lain yang lengkap dan selesa dengan pelbagai kemudahan," ujarnya.

Read more »

Nik Aziz Gilakan Duniawi


Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai strategi memuaskan nafsu politik beliau sendiri.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Ahmad Khalil Saperi berkata, Nik Aziz tidak akan bersara kerana terlalu taksub dengan jawatan Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sekarang.

"Nik Aziz yang kini berusia 81 tahun masih mahu bertanding walaupun sering uzur.

"Nafsu politiknya masih belum puas dan agama digunakan sebagai alasan mengekalkan kuasa walaupun tidak mampu melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar," katanya.

Noraini mengulas kenyataan Nik Aziz yang berhasrat mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang meskipun ramai yang berharap beliau bersara daripada politik memandangkan keadaannya yang semakin uzur.

Menteri Besar Kelantan itu juga berdolak-dalik apabila ditanya tentang janji beliau mahu berundur daripada politik sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian.

Menurut Noraini, Nik Aziz akan memberi pelbagai alasan untuk kekal berkuasa di samping menjadikan agama sebagai topeng menyembunyikan nafsu politiknya.

"Sepanjang pengetahuan saya, belum ada di dunia ini seorang ulama tulen memasuki gelanggang politik atau memegang jawatan politik," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Nik Aziz yang sanggup membuat janji palsu, mengkafirkan saudara seagama dan memaki hamun sesama Islam semata-mata mahu mengekalkan kuasa politik dan kedudukan Menteri Besar Kelantan.

"Nik Aziz mahukan kuasa untuk nafsu diri sendiri dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat," jelasnya.

Read more »

Sunday, December 23, 2012

MALAM GEMA PUISI PAHANG




'Malam Gema Puisi Pahang' berlangsung dalam suasana santai, bersahaja namun meriah. Acara yang diadakan di Taman ICT, Jerantut itu dimeriahkan oleh beberapa pemuisi ternama Pahang serta artis lagu puisi Kopratasa.

Acara berkenaan dihadiri lebih 400 orang yang meminati seni budaya yang pertama kalinya diadakan di Jerantut.

Read more »

Kunjung Mesra MB Pahang Ke Kg. Labu


DSD Adnan Yaakob MB Pahang menghadiri program berjumpa dengan masyarakat di Kg Labu pada petang Sabtu 23 Disember 2012. Sejurus tiba dari Kuantan, MB berehat dulu  sambil makan durian.  

Penduduk kampung yang hadir.

YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan berucap apa yang beliau usahakan di DUN Tahan. Jalan-jalan kampung, perumahan generasi ke dua dan permohonan tanah.

DSD Adnan Yaakob MB Pahang berucap mahu rakyat jangan  tukar kerajaan. Perumahan untuk generasi ke dua dipermudahkan untuk pemaju, dan permohonan tanah.

MB menyampaikan kerusi roda bagi orang kurang upaya.

MB menyampaikan notebook kepada JKKK. - SUMBER Seterusnya...

Read more »

Saturday, December 22, 2012

PROGRAM DBP DAN DPMP DI JERANTUT

Ucapan Perasmian YBM Tan Sri Tengku Azlan


Pagi tadi berlangsung program Wacana Kepemimpinan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Persuratan Melayu Pahang bertempat di Dewan Seminar Pejabat UMNO Bahagian Jerantut. Program diresmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Ahmad Shah, Ahli Parlimen Jerantut.

Susulan itu, satu majlis Dialog Editor (DBP) bersama penulis Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) diadakan ditempat sama bagi mendengar keluh kesah para penggiat seni di negeri Pahang khususnya. Antara penulis yang hadir ialah Ami Masra, Daeng Ramli Akil, Marsli NO dan ramai lagi.

Malam nanti bertempat di Taman ICT Jerantut, acara deklamasi/baca puisi, nyanyi puisi dan lagu-lagu rakyat akan dipersembahkan kepada umum.  Acara 'Gema Pusis Jerantut' adalah buat julung kalinya acara sedemikian diadakan di daerah ini. Kumpulan Kopratasa juga akan turut hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.



Sebahagian peserta wacana yang datang penuh semangat

Menunggu detik permulaan majlis

Tokoh seni-budaya tempatan, Abdul Mutalib Ghani (bersongkok)

Moderator dan ahli panel wacana

Tetamu undangan di acara penutup

Ahli Parlimen menyampaikan cenderamata  

Sebahagian editor (selibriti) majalah DBP

Editor Selebriti asal Jerantut 

Antara penggerak program wacana, dialog dan gema puisi Jerantut



Sdr. Ami Masra melontarkan pendapat dalam dialog editor


Sebahagian peserta dialog editor

Read more »

share2