Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 28, 2012

Fatwa Dan Amanat Pemimpin PAS Hanya Alasan Mengejar Dunia


'Fatwa' yang dikeluarkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Amanat Haji Hadi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat adalah helah politik semata-mata.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, fatwa Nik Abdul Aziz yang mendakwa UMNO murtad serta Amanat Haji Hadi mengkafirkan UMNO bukan sahaja mendatangkan kesan buruk malah turut mengelirukan umat Islam di negara ini.

"Fatwa dan amanat yang dikeluarkan kedua-dua pemimpin itu bukannya fatwa Islam sebaliknya hanya fatwa dan helah politik semata-mata.

"Nik Abdul Aziz dan Hadi kena tarik balik. Apa benda ini sekejap UMNO murtad sekejap mungkar. Ia beri kesan buruk kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, semalam.

Tambah Ahmad, Pas juga tidak mempunyai pendirian tetap mengenai perjuangan sebenar parti itu yang mahu menubuhkan negara Islam.

Katanya lebih teruk, Pas sanggup menggadaikan pendirian mereka semata-mata untuk memenangi pilihan raya umum dan memuaskan hati rakan pakatannya iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Lihat sahaja dari mahu menubuhkan negara Islam, kini telah berubah kepada kebajikan malah lebih teruk peraturan-peraturan Islam yang dilaksanakan khususnya di Kelantan sebelum ini turut telah berubah.

"Sekejap tak benarkan perempuan menggunting rambut lelaki, sekejap benarkan pula, sekejap perempuan tidak boleh memasuki tilawah, sekarang boleh pula. Perubahan 360 darjah itu sering kali Pas lakukan," katanya.

2 comments:

  • oldman says:
    December 28, 2012 at 4:33 PM

    Tiada sebab PAS nak kejar Akhirat bagi mereka itu semua hak milik mereka apabila sasaorang mengundi PAS saperti dah mendapat ticket ka Syurga pemimpin dan penganut PAS tak risau tu semua Syurga hak milik mereka. Jadinya yg tingal hanya dunia maka mereka berbuat berkata apa saja untuk mencapai impian kedunian walau pun berkata kata dalam tidur bermimpi masa jaga.....

  • Zalee says:
    December 28, 2012 at 8:05 PM

    Bkn dgn mengamal kn 5 Rukun Islam dh lengkap Islam seseorang tu.Ada 10 perkara yg boleh membatal kn syahadah kita.Jgn ingat 5 rukun tu dh cukup.

share2