Perhimpunan Hijau yang akan diadakan di Padang MPK 1 pada 26 Febuari 2012 adalah perhimpunan ‘jahil’ kerana Kilang Lynas didapati menepati aspek keselamatan dan hal ini telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa.
Apa yang pembangkang mahu sebenarnya? Berkemungkinan ini adalah arahan dari Anwar supaya setiap negeri memainkan satu isu utama bagi mengambus isu moral Anwar dan isu Israel yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Mereka sengaja buat-buat lupa ketika pembangkang ghairah membantah Lynas tiba-tiba mereka mendapat tamparan hebat apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat dari PAS mendedahkan tentang penipuan pembangkang dalam hal membantah pembinaan kilang Lynas dan beliau tidak dapat bersabar lagi dengan tindakan Lajnah Penerangan PAS Pusat yang melarangnya daripada bersuara.
Bukan itu sahaja, sahabat beliau Prof. Ahmad Tarmizi Ramli yang pakar dalam bidang tersebut turut mempertahankan bahawa pembinaan kilang Lynas tidak mengancam keselamatan orang awam.
Pembangkang sudah terdesak dengan kebangkitan rakyat dan gelombang biru di seluruh Malaysia khususnya Negeri Pahang, sebab itulah mereka mahu meneruskan juga usaha jahat mereka membantah Lynas. Pada 26 Febuari 2012, Padang MPK 1 akan menjadi saksi 'pesta' kejahilan mereka.
Itulah pembangkang, kerjanya hanya membangkang sahaja. Hidup mati parti pembangkang bergantung pada isu. Berbeza dengan kerajaan yang sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat.
Lynas adalah sebuah kilang yg memproses rare earth tuk di jadikan THORIUM. pastu thorium ni pulak bukan end product.ianya akan di ekspot kpd kilang2 di seluruh dunia.ble di ekspot xkan xleh kenakan sales tax.bayangkan harga thorium di pasaran dunia skang hampir 100 usd/kg.bukan tan metric geng.bape byk gomen leh dpt cukai.yg xdak di cukai adalah keuntungan syarikat Lynas.