Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 25, 2012

Hasan Ali Dedah Punca Dipecat


Hasan Ali dalam ceramahnya malam tadi menyentuh tentang isu pemecatan beliau berpunca dari PAS yang mahu menjaga hati pihak tertentu. Beliau tidak sangka dikenakan tindakan yang begitu drastik dan berlaku begitu cepat tanpa dibenarkan merayu, tindakan itu lebih teruk dari apa yang berlaku di Negara Komunis.

“Apa pun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, Institusi Raja, dan demi bangsa Melayu di Negara ini”, tegas Hasan Ali. DAP adalah dalang dalam isu pemecatan beliau. PAS tiba-tiba menjadi liberal dengan tunduk kepada DAP akibat daripada kerakusan kepimpinan PAS kerana ketamakan kuasa mahu menuju ke Putrajaya.

Hasan Ali dipecat bukan kerana minum arak, melakukan penzinaan, melakukan seks songsang, melakukan segala macam maksiat sebaliknya beliau dipecat kerana ada di kalangan Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan tindakan Hasan Ali sebagai exco agama bertindak mencegah kemungkaran di Selangor.

Beliau turut mempersoalkan perjuangan PAS kerana sebelum ini PAS memperjuangkan Negara Islam tetapi ditukar kepada Negara Kebajikan, ini semua adalah kerana mahu menjaga hati DAP dan PKR. Hasan Ali juga persoalkan bagaimana PAS boleh bersekongkol dengan DAP dan Karpal Singh yang terang-terang menolak Negara Islam. Di akhir ceramahnya beliau minta bersungguh-sungguh agar semua yang hadir tidak mengundi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang.

0 comments:

share2