Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 27, 2014

PROJEK PERUMAHAN PR1MA PAHANG CAPAI SASARAN




"Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang" adalah antara janji kerajaan negeri dalam manifesto Pilihanraya Umum lalu, iaitu untuk membina sebanyak 15 ribu unit rumah mampu milik dengan mensasarkan kepada golongan berpendapatan RM5 ribu dan kebawah.

Menteri Besar Pahang menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang (PR1MA Pahang) di KM23, Jalan Kuantan - Gambang pada 15hb Mei lalu.

Beliau berpuashati dengan pencapaian PR1MA Pahang setakat ini kerana hanya dalam masa selama 11 bulan sebanyak 13,257 unit rumah telah dapat dibina. Beliau sungguh yakin bahawa sasaran sebanyak 15 ribu unit rumah akan dapat dicapai dalam masa beberapa bulan lagi.

Dengan keupayaan sedemikian, Dato' Seri Adnan Yaakob yakin tidak mustahil kerajaan mampu membina diantara 80 ke 100 ribu unit dalam tempoh 5 tahun ini. Bagaimanapun beliau menekankan yang penting adalah sasaran membina sebanyak 15 ribu unit rumah sepertimana yang dijanjikan akan dapat dicapai dengan mudah.

Beliau berharap dalam tempoh 4 tahun akan datang kerajaan negeri akan mampu membina sebanyak 25 ribu unit rumah mampu milik bagi membantu menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Mengenai PR1MA Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob menjelaskan syarat utamanya iaitu harganya ditentukan oleh kerajaan dan mestillah berharga diantara RM80 ribu ke RM200 ribu sebuah.

Dalam majlis sama beliau menjelaskan kerajaan negeri memfokuskan kepada 5 perkara kepentingan rakyat iaitu; Membina perumahan mampu milik, mengukukuhkan kewangan (agensi) kerajaan negeri, Pendidikan (Bantuan melalui Yayasan Pahang), Hal-ehwal Orang Asli  dan Alam Sekitar (Penjagaan dan kawalan).

Sebanyak 29 projek PR1MA Pahang telah dilaksanakan iaitu sebanyak 14 projek di Kuantan, 4 di Cameron Highland, 2 masing-masing di Bera, Temerloh dan Pekan serta 1 projek yang masing-masing di Lipis, Bentong, Maran, Jerantut dan Raub.


Klik (Sini) untuk maklumat lanjut dan borang permohonan PR1MA Pahang




0 comments:

share2