Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 28, 2017

[KUANTAN] PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER PAIP UTC


Paip


Kaunter bayaran dan kaunter perkhidmatan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) akan ditutup sementara 30 Oktober sehingga 14 Disember ini.

Penutupan disebabkan kerja-kerja menaik taraf kaunter di pusat berkenaan.

Paip dalam kenyataannya memaklumkan, kaunter sementara akan dibuka dalam tempoh tersebut di pejabat PAIP Kuantan, Kilometer 2, Jalan Sungai Lembing pada setiap Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8 pagi sehingga 4.30 petang.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel), di talian 09-573 9999.


0 comments:

share2