KUANTAN, 30.1.2019: - Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa
esok sempena istiadat melafaz dan menanda tangani surat sumpah jawatan sebagai
Yang di-Pertuan Agong Ke-16 oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan
Ismail berkata, cuti peristiwa itu memandangkan esok merupakan tarikh yang
penuh bersejarah kepada negeri dan seluruh rakyat atas pelantikan itu.
“Kali terakhir detik bersejarah ini dirasai
ialah kira-kira empat dekad lalu apabila Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai
Yang di-Pertuan Agong ketujuh antara 26 April 1979 dan 25 April 1984.
“Oleh itu, pengumuman cuti peristiwa esok
adalah difikirkan sebagai bersesuaian,” katanya dalam sidang akhbar di sini
hari ini.
Wan Rosdy berkata, cuti peristiwa itu
sebagai terjemahan rasa kesyukuran dan kegembiraan kerajaan negeri dan rakyat
atas pelantikan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Sumber.
0 comments:
Post a Comment