Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 28, 2017

[MUADZAM SHAH] PERANAN WANITA TERUS BERKEMBANG SEIRING GLOBAL


Peranan wanita terus berkembang seiring global


Sumbangan besar wanita di negara ini tidak dapat dinafikan malah seawal kemerdekaan, wanita turut sama berkorban harta, tenaga dan masa demi merealisasikan impian bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dato' Shahaniza Shamsuddin, berkata, peranan wanita masa kini terus berkembang seiring pertumbuhan global dengan peningkatan akses kepada pelbagai bidang termasuk meningkatkan ekonomi negara.

"Kerajaan komited meningkatkan pencapaian wanita dan kejayaan wanita di negara ini adalah berdasarkan merit, bukannya simpati daripada pihak kerajaan.

"Kerajaan hanya memberi sokongan dan bantuan, namun semangat serta kemampuan sesorang wanita itu yang menentukan kejayaan yang mampu mereka raih," katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Pahang di Dewan Dara, di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Rompin, Dato' Sri Hasan Arifin, Exco Belia dan Sukan, Dato' Mohd Johari Hussain, Adun Muadzam Shah, Dato' Sri Maznah Mazlan dan Adun Bukit Ibam, Dato' Wan Kadri Wan Mahusain.

Dalam pada itu, Shahaniza berkata sambutan yang diadakan pada tahun ini lebih unik kerana turut diadakan sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) bagi mendapatkan pandangan secara langsung dari wanita akar umbi mengenai harapan mereka.

"Komunikasi dua hala melalui dialog TN50 ini membuka ruang kepada wanita meluahkan harapan dan keinginan mereka..terutamanya dalam hal ehwal kepentingan golongan wanita dalam masyarakat serta dalam pasaran pekerjaan yang telah terbukti sebagai pemangkin ekonomi dan perniagaan.

"Kerajaan memberi perhatian serius kerana sedar dan maklum mengenai peranan wanita sebagai modal insan, pemacu ekonomi dan rakan transformasi dilihat sekaligus menjadikan mereka aset penting kepada negara," katanya.

Beliau berharap wanita dapat berusaha lebih gigih dam memastikan mereka dapat bersama-sama berganding bahu dengan golongan lelaki dalam memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

"Perjuangan pemimpin wanita terdahulu yang berjiwa cekal dan tidak mengenal penat telah membolehkan Malaysia mencipta pelbagai kejayaan dalam usaha membangunkan golongan wanita pada hari ini.

"Sokongan yang diterima dari semua pihak merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan wanita dalam pembangunan negara dan berharap ia akan menjadi sumber inspirasi dan menyemarakkan semangat wanita hari ini serta generasi akan datang," katanya.


0 comments:

share2