Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 29, 2017

[BERA] WECHAT ANTARA PENYUMBANG GEJALA SOSIAL


WeChat antara penyumbang gejala sosial


Penggunaan aplikasi WeChat secara berleluasa tanpa kawalan ibu bapa atau golongan dewasa antara faktor gejala sosial tidak sihat dalam kalangan remaja meningkat.

Keadaan ini secara tidak langsung menggugat keharmonian kekeluargaan sekali gus menyebabkan kesihatan mental seseorang khususnya ibu bapa terganggu.

“Remaja seharusnya berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka, dan bukannya menggunakan platform aplikasi itu untuk meluahkan perasaan mereka kepada individu yang tidak dikenali.

“Keadaan ini memberi ruang dan peluang kepada individu terbabit untuk menggunakan remaja itu dalam aktiviti tidak bermoral. Sekali gus, merosakkan akhlak remaja itu juga,” katanya.

Beliau mengulas perkara yang dibangkitkan salah seorang ahli panel forum yang membincangkan perkara ‘Gejala sosial dalam kalangan remaja boleh mempengaruhi stres ibu bapa dan di tempat kerja’ pada Sambutan Hari Mental Sedunia Peringkat Daerah, kelmarin.

Dr Azuwa berkata, berdasarkan maklumat itu, sebahagian kes rogol dan jenayah melibatkan pembabitan remaja, dan aplikasi WeChat antara punca utama perkara itu berlaku.

“Ibu bapa memberikan telefon bimbit kepada anak-anak untuk memudahkan mereka, namun ia telah disalahgunakan sehingga menyebabkan perkara tidak bermoral ini berlaku.

“Ibu bapa harus kawal aktiviti anak-anak. Kalau perkara sedemikian berlaku, semestinya mereka akan hadapi tekanan emosi dan mental. Sekali gus jejaskan prestasi kerja, dan pembangunan sesebuah organisasi,” katanya.


0 comments:

share2