Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 29, 2017

#BAJET2018: PEMBANGKANG BUAT TUDUHAN PALSU




Pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 telah menyebabkan puak pembangkang mati akal dan gagal untuk memburuk-burukkan intipati bajet tersebut.

Sehinggakan, kepimpinan Pakatan Harapan - DAP sanggup memperbodoh-bodohkan diri dengan mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa.

Di antaranya ialah kenyataan Syed Saddiq yang membuat perbandingan di antara bajet TVET kerajaan PKR Selangor (RM50 juta) dengan kerajaan BN Persekutuan yang kononnya hanya RM4.5 juta.


Padahal pada Bajet 2018, kerajaan BN telah memperuntukkan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia dan RM4.5 juta adalah untuk biasiswa Pelajar Cemerlang TVET.

Seorang lagi ahli politik PKR bernama Rodziah Ismail, ADUN PKR Batu Tiga yang turut mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Ianya sangat tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah.


Sebenarnya, Plus Malaysia Berhad telah lama mengesahkan bahawa konsesi kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau telah dilanjutkan sehingga tahun 2038 tetapi menegaskan bahawa penggunanya hanya membayar separuh harga.

Berita bertarikh 18 April 2015 itu turut melaporkan bahawa semakan perjanjian konsesi pada 2011 menyatakan bahawa tidak akan ada lanjutan lagi selepas tahun 2038. Konsesi itu akan berakhir pada 31 Disember 2038, seperti yang dijadualkan.

Ironinya, Rodziah Ismail sebenarnya tahu tentang konsesi tol PLUS di Batu Tiga dan Sungai Rasah yang dilanjutkan sehingga tahun 2038. Berita bertarikh 28 April 2013 adalah buktinya di mana ADUN PKR itu telah bertanya kewajaran konsesi disambung tahun 2038.

Kepada Rodziah Ismail, kita meminta agar beliau meminta maaf di atas pembohongan tersebut dan memadam segala kenyataan yang berbaur fitnah itu. Kita juga menyarankan agar penduduk Batu Tiga berfikir banyak kali sebelum memilih Rodziah Ismail sekali lagi.

Begitu juga dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Nurul Izzah seperti di bawah :


Soalan beliau itu menunjukkan beliau tidak mengikuti perkembangan negara dengan baik dan ianya amat memalukan.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Kerajaan telah pun mengambil alih PLUS sepenuhnya daripada tangan swasta pada tahun 2011 dan kini 51% dimiliki oleh Khazanah dan 49% dimiliki oleh KWSP.

Azmin Ali pula mendakwa program MyBrain kerajaan BN persekutuan telah mencedok program Brain Bank Kerajaan PKR Selangor.



Tetapi kenyataan Azmin itu ternyata tidak benar. Malah, kerajaan PKR Selangor yang mencedok idea kerajaan BN Persekutuan.

Faktanya ialah Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan MyBrain15 pada 3 Disember 2010.

Tiga program baru itu ialah Program Pembiayaan Ijazah Sarjana Dalam Negara (MyMaster), Program Pembiayaan Pengajian Ijazah Kedoktoran Dalam Negara (MyPhD) dan Program PhD Industri.

Manakala kerajaan PKR Selangor hanya memperkenalkan Brain Bank semasa belanjawan 2014 dan dimulakan awal tahun 2014 iaitu 4 tahun selepas kerajaan BN Persekutuan melancarkan MyBrain15.

Seperti Syed Saddiq, Azmin Ali juga berbohong apabila mendakwa peruntukan TVET hanya RM4.5 juta.

Persoalannya, inikah jenis ahli politik yang mahu lagi disokong oleh rakyat?

Dan apabila kita bercakap tentang inisiatif kerajaan BN yang memansuhkan tol Batu Tiga, Shah Alam, Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan di Eastern Dispersal Link, Johor, kita sedang menantikan pemansuhan tol di negeri-negeri Pakatan Pembangkang.

Kerajaan PKR Selangor memiliki saham dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint. Tetapi sehingga ke hari ini, puak pembangkang gagal untuk mengotakan janji untuk memansuhkan tol di negeri yang mereka tadbir.

Begitu juga dengan pembohongan regim DAP yang berjanji akan menghapuskan tol Sungai Nyior. 9 tahun berlalu tetapi masih gagal mengotakan janji mereka.


0 comments:

share2