Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 29, 2017

#BAJET2018: NAJIB BIDAS LAWATAN AZMIN, GUAN ENG




Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas tindakan pembangkang yang acapkali melontarkan tohmahan terhadap lawatan rasmi beliau ke luar negara, terutama China sebagai ‘menjual negara’.

Tampil mengenakan baju melayu berwarna biru terang atau ‘royal blue’ sempena pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Bangunan Parlimen hari ini, beliau berkata ekonomi negara terus berkembang sepanjang lapan tahun lalu dengan dua aspek termasuk hubungan baik dengan kuasa besar termasuk China, India Arah Saudi serta Amerika Syarikat dan tadbir urus cekap dan fiscal berhemah.

“The actual private investment untuk 2016 sahaja melebihi RM211b. Dibandingkan pada 2009, jumlah pelaburan swasta sebenar hanyalah RM81b. Oleh itu seandainya saya dan anggota kabinet adakan lawatan rasmi ke luar negara, janganlah sewenang-wenangnya tuduh kita gadai kedaulatan tanahair.

“Baru-baru ini, saya dapat khabar berita katanya MB Selangor sendiri berkunjung ke China. Kita nak tanya, YB Gombak nak jual Selangor ke?

“Itu belum lagi dikira lawatan-lawatan ke luar negara yang dibuat KetuaMenteri Pulau Pinang. Itupun kira mcm mana, nak jual negeri juga ke?,” bidas Najib yang disambut dengan sorakan hadirin yang lain.

Ini merupakan pembentangan bajet yang kesembilan bagi Najib selepas menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Pembentangan bajet yang menjanjikan pelbagai pengumuman penting dengan mengambil kira kepentingan rakyat daripada semua lapisan masyarakat itu, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.

Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2018 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan akan dibahaskan oleh para anggota Parlimen di peringkat dasar bermula Isnin hingga 7 Nov. Ia diikuti sesi jawapan oleh menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 14 hingga 28 Nov.


0 comments:

share2