Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 29, 2017

‘PAKATAN HARAPAN JANGAN BANYAK KOMEN KALAU SETUJU'





Pakatan Harapan yang diketuai DAP diingatkan jangan memberi banyak komen mengenai Bajet 2018 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam kerana pada dasar mereka sebenarnya bersetuju dengan bajet tersebut.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, mereka (Pakatan Harapan) sebenarnya bersetuju dengan bajet yang dibentangkan apabila menganggap bajet tersebut meniru apa yang mereka bentangkan sebelum ini.

“Jika setuju cakap sahaja bersetuju, mereka ini kadang-kadang tidak mahu menerima hakikat bahawa bajet yang dibentang tersebut adalah bajet terbaik untuk rakyat.

“Saya hanya mahu mengingatkan mereka, jika Pakatan Harapan hebat, buatlah bajet yang mampu mendapat sokongan rakyat seperti apa yang kita lakukan hari ini demi kepentingan semua,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui laman sosial Facebook miliknya yang me­ngatakan Bajet 2018 meniru bajet alternatif pembangkang.

Johari berkata, bajet yang dibentangkan kerajaan adalah mengikut kebolehan kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat dan bukannya suka-suka meletakkan sesuatu demi mengejar populariti.

Menurutnya, pembangkang dahulu mahu mansuhkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetapi kini mereka setuju pula untuk laksanakan perkara yang sama.

Tambahnya, sekarang mereka ingin mansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tidak mustahil pada tahun hadapan mereka akan menyatakan bersetuju dengan perlaksanaan GST dalam membantu pembangunan negara.

“Saya tidak nampak bahawa kerajaan meniru mereka tetapi mereka seolah-olah meniru kerajaan apabila bersetuju de­ngan banyak benda yang telah dilaksanakan kerajaan selama ini demi negara,” katanya.


0 comments:

share2