Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 8, 2015

[MARAN] TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN RESMI 'HAMMOCK CAMPING GATHERING' DI LUBUK YU

Menerima cenderamata dari Yb. ADUN Kuala Sentul


7.11.2015 - Satu program perkhemahan yang dinamakan '1st Hammock Camping Gathering' telah diadakan di 'Hutan Lipur Lubuk Yu', Maran Pahang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Sentul dengan kerjasama beberapa badan NGO dan agensi kerajaan.

Program selama dua hari itu telah menghimpunkan seramai lebih 100 orang peserta perkhemahan yang terdiri dari peminat aktiviti lasak dan pencinta alam semulajadi.

Akitiviti yang dijalankan adalah 'river tubing', 'flying fox', 'swim & save sessions', 'leap of faith', 'tree climbing clinic' dan peserta dikenakan yuran sebanyak RM99.00 seorang.

Yb. Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan telah hadir diacara perasmian manakala penutupan dilakukan oleh Yb. Dato' Hajjah Shahaniza Shamsuddin, Adun Kuala Sentul merangkap Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

"Saya difahamkan 1st Hammock Camping Gathering 2015 di Hutan Lipur Lubuk Yu ini adalah merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan Hutan Lipur Lubuk Yu sebagai satu lagi destinasi eko pelancongan yang berpotensi untuk popular dan berdaya maju di Pahang amnya dan Malaysia khasnya". 

"Pada masa yang sama program ini juga akan terus mempelopori kempen kesedaran pemuliharaan hutan belantara serta segala khazanah didalamnya yang melibatkan komuniti tempatan sebagai pemain utamanya" - ujar beliau.

Sebelum itu, Yb Dato' Shahaniza Shamsuddin dalam ucapan aluannya berjanji akan terus komited dalam mempertahankan keindahan alam sekitar dan Hutan Lipur Lubuk Yu untuk generasi akan datang.








0 comments:

share2