Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 10, 2014

CAMERON HIGHLANDS : LALUAN TAPAH - CAMERON DIBUKA



Laluan Tapah ke Cameron Highlands dibuka semula untuk semua kenderaan ringan pada jam 4.20 petang ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitenden Wan Zahari Wan Busu berkata kenderaan berat bagaimanapun tidak dibenarkan melalui laluan itu.

"Ini kerana dikhuatiri kenderaan berat yang melalui laluan berkenaan akan menjejaskan laluan terbabit seperti berlakunya gegaran dan menyebabkan tanah runtuh.

"Bagaimanapun kenderaan berat disarankan untuk ke Cameron Highland melalui laluan Simpang Pulai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata laluan Tapah ke Cameron Highlands setakat ini telah dibersihkan daripada kesan tanah runtuh, namun kerja-kerja membaiki struktur laluan masih diteruskan di beberapa lokasi.





0 comments:

share2