Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 25, 2020

AHLI PARLIMEN BN, PAS MUNGKIN KE ISTANA NEGARA HARI INI




KUALA LUMPUR - Pintu 2 Istana Negara hari ini menjadi tumpuan media apabila difahamkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas berkemungkinan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Ahli Parlimen BN dan Pas sepatutnya dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, namun perkara itu tidak berlaku.


Malam tadi selepas pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pemimpin kedua-dua parti itu memberi bayangan kemungkinan akan ke Istana Negara hari ini.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, jangkaan waktu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong mungkin pada sebelah pagi, namun berharap semua pihak dapat menunggu keputusan rasmi.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, semua pimpinan hanya menunggu arahan.


"Malam ni kita bincang jika ada arahan parti, baru kita pergi (Istana). Bab majoriti kena tanya presiden," katanya.



SUMBER : SINAR HARIAN

0 comments:

share2