KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk
Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pendirian UMNO sangat tegas dan jelas.
Ujarnya, dalam menghadapi apa juga situasi, UMNO konsisten
dengan prinsip dan ideologi yang menjadi asas dan pegangan parti.
“UMNO tetap menolak pembentukan kerajaan dan apa juga
perkara yang ada hubungan dengan Dap termasuk mana-mana pemimpin yang
bersekongkol dengan Dap.
“Dap parti yang sangat rasis dan tidak boleh dipercayai.
Kerosakan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kehancuran
kerajaan PH ini sebenarnya berpunca daripada Dap.
“Dap antara penyebab utama kegagalan PH,” tegasnya dalam
satu kenyataan.
Seterusnya, Dr Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong
memberi amaran kepada Dap agar jangan menuding jari menyalahkan UMNO atas
kehancuran PH.
“Kehancuran kerajaan PH adalah disebabkan oleh pimpinan PH
sendiri terutama Dap.
“Justeru itu kenyatan media Lim Guan Eng yang salahkan UMNO
akibat kehancuran PH sangat tidak tepat dan berniat jahat,” bidasnya lagi.
Jelasnya lagi, UMNO PAS kekal perkukuhkan Muafakat Nasional.
Semalam, Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng dalam sidang
medianya membuat tuduhan bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) adalah kerana Tun Mahathir tidak mahu
bekerjasama dengan UMNO.
Ekoran runtuhnya PH dan perletakan jawatan Tun Mahathir
sebagai PM, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengeluarkan
kenyataan bahawa dengan perletakan jawatan Tun Mahathir itu, maka secara automatik
terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang
diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.
Sebelumnya, KSN telah mengumumkan Tun Mahathir sebagai PM
Interim, juga atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
SUMBER – UMNO ONLINE
0 comments:
Post a Comment