Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 23, 2017

[KUANTAN] KESEJAHTERAAN HANYA TERCAPAI MENERUSI KESATUAN UMMAH


sad


Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan kesejahteraan negara hanya tercapai menerusi kesatuan ummah yang mantap dan baik.

Titahnya, setiap anggota masyarakat khususnya di negara ini harus bersungguh-sungguh sama ada secara individu bagi memastikan kesatuan ummah ini terjaga supaya tidak digugat mana-mana unsur pelampau.

"Kita mengharapkan suasana yang aman damai harmoni selamat sejahtera dan maju dalam menjalani semua aspek kehidupan.

"Namun keamanan kedamaian keharmonian keselamatan dan kesejahteraan negara serta kemajuan ummah tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih ke arah mewujudkan dan mengekalkan suasana tersebut berterusan hinggalah ke generasi akan datang,"titahnya dalam majlis sambutan Maal Hijrah 1439 Hijrah/2017 peringkat negeri di Auditorium Darul Makmur,Kompleks Penyiaran RTM Pahang di sini semalam.

Hadir sama Menteri Besar Dato' Sri Adnan Yaakob dan Exco Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Mufti Pahang,Dato' Sri Dr Abdul Rahman Osman.

Baginda menjelaskan usaha untuk memupuk kesatuan ummah itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya dengan memperkukuhkan pegangan terhadap ajaran Islam dan menjauhi larangan-Nya.

Sementara itu,bekas Mufti Pahang,Datuk Sulaiman Ahmad, 67 dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang yang disampaikan baginda sendiri.

Manakala Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Datuk Khalilah Abdul Malek,60 menerima anugerah Inovasi Kakitangan.

Pendakwah bebas, Saleh Talib,68 dipilih sebagai penerima anugerah kategori Pengkhidmat Agama dan Allahyarham Muhammad Aidid Hamzah,32 menerima anugerah bagi kategori Mubaligh Saudara Baru.

Maahad Tahfiz al-Quran Pengkalan Damar meraih anugerah kategori Inovasi Jabatan dan Perkampungan Orang Asli Pasal di Kemayan, Bera membawa pulang anugerah kategori Perkampungan Orang Asli.


0 comments:

share2