Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 22, 2017

KUALA LUMPUR: PERSIDANGAN PENDIDIKAN TINGGI PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC) 2017




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata kadar pengangguran di negara ini dapat dikurangkan dengan mengkaji semula dasar pendidikan negara.

Menurut beliau kajian kurikulum negara adalah bertujuan mempastikan ia lebih cocok dengan pasaran pekerjaan di negara ini.

“Punca utama semua masalah ini ialah pertambahan jumlah penduduk. Dahulu, pekerjaan yang mencari siswazah, tetapi kini siswazah perlu memburu pekerjaan. Masalah ini juga membawa kepada peningkatan kos sara hidup dan perumahan negara. ,” kata beliau dalam sidang  media selepas menyampaikean ucaptama pada Persidangan Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 2017

Beliau berkata, persidangan  bertemakan ‘Meningkatkan Standard Pendidikan di Dunia Islam' itu menjadi platform bagi semua negara anggota OIC untuk berkongsi idea dan membincangkan isu berkaitan pendidikan tinggi.

Ia diadakan bersempena Pameran dan Persidangan Muslim World Biz 2017 dari 18 hingga 21 September. 


          

0 comments:

share2