Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 26, 2017

KEMELUT PAKATAN PEMBANGKANG BUKA RUANG BN TAWAN SELANGOR




Ketidaksepakatan di antara pimpinan parti yang membentuk kerajaan Selangor, memberi peluang untuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cenderung menjalin kerjasama dengan PAS.

Beliau berkata, ia bertentangan dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai pakatan DAP, PKR, PPBM dan PAN.

DAP pula, katanya, bersifat ‘talam dua muka’ kerana ‘merestui’ PAS terus berada dalam kerajaan Selangor walaupun kononnya sudah memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik.

“Ini menunjukkan parti tertentu dalam pakatan itu ada agenda tersendiri tanpa menghiraukan kebajikan rakyat Selangor. DAP cakap kepada orang Cina, mereka sudah putuskan hubungan dengan PAS.

“Apa yang berlaku adalah sebalikknya. Mereka (DAP) sentiasa memainkan emosi rakyat, tiada perancangan untuk membangunkan negara berbanding BN yang sentiasa fokus dengan usaha memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Tahunan MCA Selangor di Wisma MCA, semalam.

Tiong Lai berkata, rakyat sudah muak dengan keadaan dalam gabungan parti berkenaan.

“PPBM, PKR dan PAS masih bertekak (kerjasama antara parti). Saya yakin rakyat tidak boleh bergantung kepada mereka untuk memastikan kebajikan diperjuangkan.

“BN, MCA pula ada kekuatan tersendiri dalam mendekati rakyat berbilang kaum. Kami pegang konsep harmoni, kerjasama, perpaduan bagi memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan berterusan,” katanya.

Sementara itu, katanya, Selangor dikenali sebagai negeri maju selepas usaha kerajaan Pusat melaksanakan pelbagai projek infrastruktur termasuk Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Lembah Klang.

“Selangor tiada agenda pembangunan dan hala tuju yang jelas, tidak seperti BN yang fokus terhadap pembangunan negara menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Beliau juga mendesak DAP berhenti mempolitikkan isu pembatalan pesta arak ‘Better Beer Festival’ 2017 dengan mendakwa kononnya kerajaan Pusat tidak mengiktiraf hak rakyat berbilang kaum.

“Kita harus hormat keputusan dan nasihat diberikan pihak berkuasa kerana mereka perlu memastikan keselamatan semua orang (yang menyertai festival berkenaan),” katanya.


0 comments:

share2