Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 24, 2017

[MARAN] BUDAYA ICT KALANGAN PELAJAR PERLU DITERUSKAN


Budaya ICT kalangan pelajar perlu diteruskan


Membudayakan penggunaan komputer dan teknologi di sekolah rendah perlu diteruskan dan dipertingkatkan sebagai persediaan generasi ke masa hadapan.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pahang, Mohamed Kamal Hashim berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kalau kita berani kita akan terus maju.

"Dulu awal teknologi berasaskan komputer ini diperkenalkan serta meresapi generasi, kita takut nak menggunakannya.. takut rosak... Namun kini, ternyata kanak-kanak seawal dua tahun telah pandai menggunakan teknologi (telefon Pintar).

"Dan ini membuktikan bahawa kita, generasi terdahulu telah berupaya menggunakan dan melaluinya zaman peralihan teknologi tersebut dengan berhemah dan bijak," katanya, ketika merasmikan penutupan Immersion Camp : Coding @ Schools di Sekolah Kebangsaan Seri Keramat Maran, di sini, baru-baru ini.

Kem tersebut dijalankan selama empat hari bermula 14 Ogos sehingga 17 Ogos bertempat di Makmal Komputer Al-Ghazali, SK Seri Keramat, Maran dan melibatkan 30 orang pelajar tahun empat dan lima sekolah tersebut.

Ia dianjurkan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bandar Maran.

Setiap kem dikelolakan oleh enam orang fasilitator dari Startup Malaysia.org dan rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau berkata, pemilihan sekolah dilakukan secara kolaboratif bersama pihak JPN berdasarkan faisiliti yang baik untuk menjalankan program iaitu makmal komputer yang berfungsi, internet akses yang baik serta boleh menampung 30 murid dalam setiap sesi, termasuk mempunyai guru dan murid yang minat menyertai program serta pihak pentadbiran yang komited dengan program ini.

"Sejumlah 120 buah sekolah seluruh Malaysia terpilih mengikuti kem ICT bagi membina lama web HTML, JavaScript dan CSS serta membina aplikasi (Live Code).

"Objektif kem adalah pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dalam menggunakan dan mempelajari teknik membina laman web sendiri dan aplikasi, membentuk kebolehan berfikir dari segi konsep, kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir secara logic dan warga celik IT," katanya.

Hadir sama pada majlis penutupan adalah Pegawai PPD Maran, Abdullah Sani Abu Hanifah; Ketua PKG Bandar Maran Mohd Rafie Ismail; Ketua PKG Chenor; Mazlan Che Kob; Guru Besar SK Seri Keramat Fauziah Mat Wasee; Yang Dipertua PIBG Wan Mohd Razali Wan Hamid; Guru Penyelaras Bestari Mohd Shahrul Rizal Mohd Yusof dan Penyelaras Kem, Naili Aqilah Mohd Shahar.


0 comments:

share2