Saturday, July 23, 2011

FUZIAH SALLEH ATAU AZAN ISMAIL BAKAL KELUAR PKR?


Pemerhati politik Negeri Pahang melihat PKR Pahang seperti retak menanti belah. Ahli-ahlinya sudah muak dengan permainan Azmin Ali yang mencatur tampuk kuasa politik PKR. Kumpulan Datuk Zaid Ibrahim menantikan perubahan dalam PKR namun tidak juga selesai menyebabkan mereka berkemungkinan bakal keluar PKR beramai-ramai.

Adalah tidak mustahil pemimpin PKR yang dimaksudkan mahu keluar parti adalah Fuziah Salleh kerana hilang kepercayaan dan kecewa dengan sikap pendendam Azmin Ali. (Sila rujuk : pahangdaily)

Keputusan Azmin Ali yang mengambil alih jawatan Pengarah Pilihanraya parti daripada Fuziah Salleh dilihat merupakan factor utama PKR bakal dipukul tsunami. Adalah lebih baik Fuziah Salleh keluar PKR kerana beliau telah ‘ditendang’ dari memegang jawatan penting dalam PKR.


Tidak mustahil juga pemimpin PKR yang bakal keluar PKR ialah Azan Ismail yang pernah meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR. Tindakan Azan Ismail ini mungkin disambut gembira oleh musuhnya dan seolah-olah memberi petunjuk bahawa Azan Ismail bakal berundur dari menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Adalah lebih baik Azan Ismail keluar PKR kerana beliau juga seolah-olah telah dipermainkan oleh orang-orang tertentu. Berkemungkinan orang-orang yang menyokong Azmin Ali sahaja yang akan diletakkan sebagai calon.

5 comments:

Anonymous said...

Elok la tu... kembali ke jalan yang benar..

FIRDAUZ said...

Tunggu dan lihat saat kehancuran PKR Pahang .......tjatuh dan ranap...inilah die bila seseorang kemaruk kuasa dan sanggup mengenepikan sesuatu yang telah ditentukan

FIRDAUZ said...

Kini PKR Pahang mula membuat penghijrahan dan pilhan yan betul ...Tanam dan TINGGALkan PKR di bumi Pahang

Anonymous said...

Selamat tinggal pkr

Pankiller-007 said...

Baguih jugak laaa kalu dah sedor diri skit, yg selama nii di pergunakan oleh mereka yg berkepentingan dlmmemperjuangan agenda peribadi.
Pintu selalu terbuka..........!!!

Galeri Sukan Malaysia Pahang 2012

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank