Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 24, 2011

Majlis Peguam Anti Kerajaan?


KUALA LUMPUR, 23 Julai – Majlis Peguam hari ini berkata pihaknya tidak bersetuju dengan penemuan suruhanjaya siasatan diraja yang diumumkan kelmarin bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri.

Sementara majlis itu bersetuju dengan 10 penemuan penting lain yang disenaraikan oleh suruhanjaya itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Teoh telah membunuh diri.

“Penemuan sedemikian, pada pandangan kami, tidak disokong oleh fakta dan bukti,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, kata Lim, pakar psikiatri forensik iaitu Prof Paul Edward tidak mengatakan Teoh sebagai seorang yang mempunyai perwatakan lemah, sehingga menyebabkan dia mengambil nyawanya sendiri.

“Profesor Mullen tidak merumuskan Teoh Beng Hock telah membunuh diri, sebaliknya keterangan beliau mengatakan bahawa ‘dalam pandangannya, apa yang kami ketahui personaliti dan tingkah laku Teoh Beng Hock tidak mencadangkan sebarang peningkatan risiko membunuh diri’,” kata beliau.

Baca selanjutnya disini

Seperti yang dijangka terjadi, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung kes Teoh Beng Hock. Dalam hal ini, sepatutnya Majlis Peguam menyalahkan DAP kerana merekalah yang mempolitikkan kematian Teoh yang membunuh diri. Malah mungkin Teoh menerima ugutan daripada DAP sehingga dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Tak percaya bahawa DAP adalah "tangan ghaib" disebalik kes kematian Teoh? Korang boleh klik sini.

1 comments:

  • Anonymous says:
    July 24, 2011 at 9:43 AM

    Nielah biler satu2 pentadbiran di ketuai oleh bangsa lain...mengapa perlu kita sbg kerajaan perlu mendiam diri???...bubarkan sahaja majlis guaman nie...org2 yang mcm nie lagi bijak memutar belit untuk menjatuhkan kerajaan...so plzzz amik serius...

share2