Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 15, 2017

[KUANTAN] BANTU MILIKI PR1MA


Bantu miliki PR1MA


Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menggunakan konsep sewa dan beli bagi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai golongan muda memiliki rumah.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, konsep itu sudah diperkenalkan untuk PR1MA di Pulau Tioman baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya menyedari antara halangan utama orang ramai membeli rumah PR1MA Pahang yang dijual pada kadar RM150,000 adalah untuk mendapatkan pinjaman bank.

“Kita sedar masih ramai golongan muda tidak mampu membeli rumah ekoran kesukaran memperoleh pinjaman bank.

“Untuk membantu mungkin kita boleh buat konsep sewa beli yang sudah dilaksanakan Kerajaan Persekutuan maksudnya sewa dibayar setiap bulan itu akhirnya akan menjadi bayaran membeli rumah,” katanya berucap pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Umno Pahang, kelmarin.

Adnan berkata, beliau akan bawa perkara ini kepada Majlis Perumahan Negara, pada masa sama meminta pihak-pihak seperti Pemuda Umno membuat usul.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Pahang, Shahar Abdullah dalam ucapannya sebelum itu mahu kerajaan negeri membantu golongan muda memiliki kediaman sendiri kerana ia adalah antara masalah utama dihadapi mereka pada masa ini.

“Kita minta jasa baik kerajaan negeri bantu orang muda beli rumah PR1MA kerana kita bakal memiliki anak-anak kami hendak melayari bahtera kehidupan bersama keluarga.

“Kalau kebajikan kami dijaga sudah tentu anak muda akan terus menyokong kerajaan,” katanya.

Mohd Shahar berkata, kebanyakan wakil Pemuda mengusulkan isu perumahan dalam mesyuarat perwakilan yang dilaksanakan.


0 comments:

share2