Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 13, 2017

KILANG HARAM: SPRM AKAN RAKAM PERCAKAPAN LIM GUAN ENG, NORLELA


Kilang haram: SPRM akan rakam percakapan Lim Guan Eng, Norlela


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata ia bagi membantu siasatan berhubung isu kilang memproses habuk kayu haram yang beroperasi atas tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti.

Katanya kepada Astro AWANI, ia adalah prosedur siasatan yang biasa dijalankan, selepas kedua-dua individu berkenaan didapati mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung operasi kilang haram terbabit.

Guan Eng dan Dr Norlela akan dipanggil secepat mungkin untuk menjalani proses ini. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian masa kerana SPRM juga sedang meneliti beberapa aspek lain dalam siasatan kes ini.

Tambahnya, sehingga kini SPRM telah merakam percakapan beberapa saksi dan menahan tiga suspek, termasuk seorang exco kerajaan negeri.

Semalam suruhanjaya itu telah mendapat perintah reman selama lima hari terhadap exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan berhubung isu kilang terbabit.


0 comments:

share2