Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 13, 2017

PARTI DEMI NAFSU DAN DENDAM TAK DAPAT TANDINGI UMNO





Melaka – Sebuah parti yang berjuang demi nafsu, dendam dan sebab peribadi tidak dapat menandingi roh perjuangan demi kesejahteraan rakyat yang telah menjadi asas UMNO sejak ia ditubuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata sebuah parti di negara ini yang dinamakannya sebagai ‘parti bunga’ tidak mempunyai roh perjuangan jelas seperti UMNO dan parti itu yang hanya berlandaskan kepada nafsu, dendam serta sebab peribadi tidak akan dapat berdiri kukuh demi perjuangan membela rakyat.

“Parti politik hendak berjaya kena ada hala tuju yang jelas, roh perjuangan (yang) membakar, mengaum (dan) roh perjuangan itu ada (pada UMNO) berbanding dengan sehari dua ini parti bunga itu apa dia hala tuju, apa roh perjuangan (mereka), kalau semata-mata nak balas dendam bertujuan peribadi (dan) perjuangan seperti itu percayalah takkan bertahan lama.

“Perjuangan kerana nafsu dendam nak tolak sesuatu kerana ada kelompok kecil tidak puas hati, tidak boleh tandingi perjuangan UMNO yang dibawa sekian lama untuk rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil serta kira-kira 20,000 perwakilan dan orang ramai.


0 comments:

share2