Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 13, 2017

TIDAK PERNAH HUKUM WALAU TAK SOKONG BN


sadf


Jeli - Kerajaan Pusat tidak pernah menghukum rakyat Kelantan hanya semata-mata kerana tidak menyokong BN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sehingga hari ini berpegang pada prinsip sentiasa berlaku adil kepada semua rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan saya berpegang pada prinsip, iaitu tidak boleh mendera atau menghukum orang Kelantan semata- mata mereka tak sokong kerajaan BN.

"Malah sebagai pemimpin saya perlu berlaku adil kepada semua rakyat sama ada mereka sokong atau tidak BN. Sekurang- kurangnya kalau tak dapat undi, dapat juga pahala di akhirat nanti, insya-ALLAH. Tapi kalau dapat undi lagi baik," katanya ketika berucap merasmikan bangunan tambahan Hospital Jeli di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Hospital Jeli, Najib berkata, sejumlah RM57 juta diperuntukkan untuk pembinaan bangunan tambahan hospital berkenaan yang disediakan untuk manfaat hampir 50, 000 rakyat di daerah ini.

Menurutnya, bangunan tambahan yang siap dibina pada 2016 menyaksikan pertambahan 56 katil berbanding 24 katil sedia ada sebelum ini.

Katanya, projek naik taraf berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat di negara ini tanpa mengira fahaman dan latar belakang mereka.

"Jika dahulu, Hospital Jeli diketahui antara yang paling kecil di negara ini dengan kapasiti 24 katil sahaja. Bagaimanapun kini, ia antara hospital yang mempunyai kelengkapan terbaik untuk kemudahan rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan lebih selesa dan berkualiti," katanya.


0 comments:

share2