Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 16, 2017

KILANG HARAM JADI BUKTI DAP PARTI RASUAH




BARU – BARU ini Pulau Pinang ‘meletup’ lagi dengan kes melibatkan kilang haram memproses habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti yang mengorbankan lima penduduk dan 11 lagi menderita kanser selepas pendedahan dibuat oleh orangnya sendiri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin dari PKR.

DAP dan rasuah sudah terlalu sinonim. Malahan, di negeri tadbiran puak pembangkang itu boleh dikatakan kesemua pihak yang menyokong pemerintahan parti rasis ini turut sama mengikut jejak langkah Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausah Agung DAP yang masih belum disahkan jawatannya itu.

Dari Ketua Menteri, hinggalah kepada ‘anak – anak buah’ semuanya tidak melepaskan peluang untuk memberi dan menerima rasuah, bak kata pepatah, ‘Bapa borek, anak rintik’. Manakan tidak, sampai isu zakat pun mahu rasuahnya. Itu belum lagi isu rasuah oleh COO Rapid Penang dan rasuah EXCO – EXCOnya. Terlalu banyak untuk disenaraikan.

Tetapi, mengapa bukan Guan Eng yang mengambil tindakan terlebih dahulu? Mengapa ADUN yang terpaksa membongkar perkara tersebut dan membawa perkara tersebut kepada perhatian Speaker DUN, hingga membawa kepada penahanan EXCO DAP Phee Boon Poh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Hinggakan ADUN PKR itu dilayan seperti penjenayah, pariah oleh penyokong Pakatan Harapan (PH). Norlela sendiri mengaku beliau terlalu sedih diperlakukan seperti penjenayah, musuh nombor satu rakyat hanya kerana tidak mahu mengecawakan pengundi – pengundinya.

Persoalannya, perlukah Norlela dipulaukan sehingga sebgitu sekali? Mungkin kerana beliau telah ‘mencabar’ kuasa veto milik DAP. Walaupun berada di bawah blok pembangkang, dan bergabung dalam Pakatan Harapan, tetapi jangan dilupa DAP yang menjadi ‘king’ dan ‘decision maker’ di dalamnya.

Umum mengetahui, aduan demi aduan telah dibuat oleh penduduk berkenaan risiko yang terpaksa dihadapi oleh mereka saban hari, namun dengan ‘selambanya’ Guan Eng memberi alasan bahawa kilang berkenaan telah wujud semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), dan beliau, enggan mengambil sebarang langkah menghentikan operasi dengan alasan ia menjadi dasar kerajaan DAP selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.

Malangnya, satu kajian telah dilakukan oleh individu bernama Tzu P Wong yang mendapati tapak yang digunakan untuk mendirikan kilang haram berkenaan masih kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu tahun DAP berjaya merampas pemerintahan Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN). Ia sekaligus menafikan dakwaan Guan Eng yang bermati – matian mengatakan kilang tersebut sudah wujud sejak dulu lagi. Bahasa mudahnya, Guan Eng MENIPU!

Ini bermakna, kilang tersebut telah dibina semasa DAP memerintah Pulau Pinang. Maka, siapa yang meluluskan pembinaan kilang haram tersebut? Mengapa perlu kaitkan BN dalam perkara ini? Dan, apa peranan Guan Eng dalam isu ini? Pelik. Ke tidak?

Oh. Bagi yang mungkin terlupa atau buat – buat terlupa (baca : penyokong tegar DAP), Guan Eng sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyatnya apabila menghadapi dua pertuduhan kes skandal rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo ‘terlajak murah’, malah hingga kini beliau langsung tidak menggesa supaya kes beliau dipercepatkan jika benar beliau tidak bersalah. Tapi, bak kata pepatah Melayu, ‘diam tandanya setuju’. Kiranya, Guan Eng dah setuju lah tu beliau bersalah….


0 comments:

share2