Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 17, 2017

[KUANTAN] YAYASAN PAHANG TERIMA ANUGERAH BERPRESTIJ


Yayasan Pahang terima anugerah berprestij


Inisiatif dilaksanakan Yayasan Pahang (YP) sebagai pemangkin pembangunan di negeri ini berjaya mendapat pengiktirafan melalui keberkesanan tadbir urusnya sekali gus terpilih menerima Anugerah Sumbangan Organisasi Peringkat Asia 2017.

Pengurus Besar YP, Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata, pengiktirafan itu hadiah kepada semua pihak termasuk pegawai dan kakitangan YP, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang.

Katanya, dalam sistem penganugerahan tersebut, YP merupakan penerima anugerah berprestij termasuk Anugerah Pendidikan dan Literasi Kewangan Islam, Anugerah Juara Pendidikan dan Anugerah Kepimpinan Sosial Korporat.

“Kejayaan tersebut bukti kerjasama semua pegawai dan kakitangan yang bertungkus-lumus memberikan kualiti perkhidmatan terbaik.

“Sokongan berterusan daripada Pengerusi YP yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam setiap program, terutamanya membabitkan pendidikan, menjadi pemangkin kepada pencapaian YP ketika ini,” katanya kepada pemberita, dalam sidang media di Kompleks YP, di sini.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Majlis Anugerah Jabatan Sumber Manusia Asia 2017 yang berlangsung di Putrajaya, Selasa lalu.


0 comments:

share2