Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 15, 2011

Tony Pua Sengaja Cari Kelemahan


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hairan dengan tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang sengaja mencari kelemahan Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat).

Beliau berkata, tindakan Tony itu jelas menggambarkan pembangkang resah dan bimbang apabila rakyat kini mula menunjukkan sokongan kepada parti pemerintah.

"Mereka (pembangkang) sudah bimbang, sebab itu mereka asyik 'menyerang'," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Direktori Koperasi dan program pemadanan perniagaan antara Felda Trading Sdn Bhd. di sini, hari ini.

Direktori yang mengandungi lebih daripada 500 outlet produk berlabelkan COOP 1M adalah sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mempromosikan usahawan tempatan sebagai pengeluar produk.

Produk COOP 1M yang berkonsepkan sama seperti kedai Rakyat itu menawarkan harga antara 30 dan 40 peratus lebih murah berbanding barangan berjenama terkenal.

Sehubungan itu, Ismail Sabri meminta pengusaha supaya terus mengekalkan kredibiliti kualiti supaya terus memberi keyakinan kepada rakyat.

Beliau juga menyeru pengusaha produk COOP 1M supaya memenuhi sijil dan piawaian badan berwajib yang ditetapkan serta terus mempertingkatkan mutu keluaran dengan menepati spesifikasi seperti sijil halal.

"Ini menunjukkan harga yang murah tidak semestinya menggambarkan produk tersebut tidak berkualiti," ujarnya.

Ismail Sabri berkata, koperasi yang mengeluarkan produk yang sama perlu berkerjasama dan bergabung bagi membolehkan pengeluaran dalam skala besar dan bukannya bersaing sesama sendiri.

0 comments:

share2