Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 8, 2017

UMMI KESAL AZMIN CUTI DI LONDON KETIKA IBU DI ICU


Ummi Kesal Azmin Cuti Di London Ketika Ibu Di ICU


Shah Alam – Semua anak tentu pernah dengar bidalan syurga di bawah telapak kaki ibu sebagai menggambarkan mulianya taraf seseorang wanita yang pernah melahirkan cahaya matanya itu.

Namun, bagaimana pula perasaan si ibu apabila mendapati anak yang pernah ditimang bagaikan minyak penuh itu boleh bergembira cuti di luar negara tatkala dia cuma bersendirian menanggung sakit di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Demikianlah pendedahan adik bongsunya, Ummi Hafilda Ali, 49, menerusi laman Facebook dirinya yang menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan, khasnya pengamat isu politik semasa apabila membaca kisah ditukilnya.

Ramai terkejut mengetahui bagaimana abang sulungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, 52, sanggup berlibur dengan isteri dan anak-anak mereka di London, Britain menghabiskan cuti sambil menyambut tahun baharu 2017.

Ironi, ibu kandungnya, Che Tom Yahaya terlantar di ICU ditemani Ummi Hafilda bercucuran air mata meratapi penderitaan mengenangkan anaknya, seorang Menteri Besar Selangor leka ceria berseronok ribuan batu jauhnya.

Ikuti kisah bagaimana hebatnya Mohamed Azmin ‘melayan’ sang bonda di samping pelbagai kisah rahsia Timbalan Presiden PKR itu membiarkan Che Tom diabaikan yang diceritakan Ummi Hafilda menerusi catatan Facebooknya:







Berdasarkan tukilan Ummi Hafilda tersebut yang agak berbaur peribadi, jelas menggambarkan beliau seperti sudah hilang sabar dengan perangai ‘lakonan warak’ terbaik si abangnya itu jika di depan khalayak khasnya lensa media.

Mungkin bagi penyokong Mohamed Azmin akan melenting dengan mendakwa kononnya ini hanya masalah peribadi keluarga yang tidak perlu digembar-gemburkan seantero alam apatah lagi membuka aib pemimpin negeri tersebut.

Bagaimanapun, semua maklum ‘warna’ perangai parti berkenaan sekiranya cerita ala si Tanggang moden ini berlaku melibatkan musuh politik mereka, ia pasti dicanang sebar ke seluruh pelusuk isi bumi seperti dunia hendak kiamat!

Sebaliknya jika membabitkan tokoh mereka sama ada skandal seks atau kes rasuah berprofil tinggi, perkara rahsia itu akan disenyapkan sahaja dan disimpan rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku pula.


0 comments:

share2