Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 8, 2017

SUAMI, ISTERI DITAHAN BERSAMA BOM IKAN SERTA DADAH


 Polis Marin


Semporna - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan sepasang suami isteri dan merampas barangan dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan, di Pulau Sipanggao, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu ditahan pada 4.20 petang.

"Semasa rondaan, anggota PPM terserempak perahu dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan ke atas perahu itu dijumpai satu botol kaca berisi baja Ammonia dan satu batu detonator berserta sumbu dipercayai sebagai bom ikan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek itu kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna.

Suami isteri berkenaan turut ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan penemuan 100 peket ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1,000 di atas perahu itu.

"Turut dijumpai dalam milikan suspek ketika ditahan ialah wang tunai RM506 yang disimpan dalam dompet," katanya.

Beliau berkata, kesemua rampasan termasuk perahu dan enjin sangkut jenama Yamaha Enduro 15hp bernilai RM10,196.


0 comments:

share2