Ibarat paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin inilah bidalan sesuai bagi menggambarkan sikap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Memetik pelbagai laman blog penulis politik tanah air, ramai dilaporkan menyindir wakil rakyat dari PAN, sebuah parti kecil serpihan PAS; apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengabaikan mangsa bah.
Kononnya pemimpin negara ditohmah sebagai tidak prihatin dengan nasib rakyat di beberapa buah negeri yang sedang berhadapan pelbagai masalah bencana alam besar sehingga tergamak bercuti akhir tahun di Australia.
Malangnya, ketika Najib sudah berada di dalam negeri dan terus bergegas menuju kawasan banjir selain ‘turun padang’ seharian suntuk meninjau mangsa bah, Raja Kamarul Bahrin pula leka bersantai di kota raya London.
Sambil membawa anak dan isterinya, penyanyi Noryn Aziz bercuti mewah di ibu kota United Kingdom itu, beliau masih boleh senyum ceria ketika ribuan penduduk di kawasannya sendiri ‘berduka’ di pusat penempatan sementara.
Tidak pula kelihatan kelibat beliau berpeluh tungkus-lumus di kawasan Parlimennya yang merupakan ibu negeri Terengganu membantu meringankan beban mangsa berhadapan dengan malapetaka banjir besar akibat tengkujuh.
Pendedahan gaya percutian eksklusif Raja Kamarul Bahrin didedahkan sendiri oleh isterinya menerusi perkongsian beberapa foto mereka di London dalam akaun Instagram hingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Boleh pula beliau bercuti mewah dengan isteri dan anaknya tanpa pula memikirkan masalah besar sedang dihadapi oleh penduduk diwakilinya tetapi pada masa sama selamba mengutuk Najib melalui persepsi negatif tidak berasas.
Raja Kamarul Bahrin; yang kaya-raya dengan banyak projek kerajaan BN sebelum terjun dalam arena politik pada 2008 setelah beberapa binaan rekaannya runtuh di Terengganu, mungkin buat-buat tidak faham fakta sebenar.
Hakikatnya mengikut undang-undang, Perdana Menteri berhak berehat dengan keluarganya seperti kebanyakan kakitangan awam lain mengikut gred dan pangkat yang juga ada peruntukan tertentu termasuklah isu bercuti.
Apatah lagi, kerja kecemasan boleh ‘dibantu’ sama ada wakil rakyat, pegawai daerah dan banyak agensi tertentu. Adakah Raja Kamarul Bahrin anggap Najib perlu turun pikul guni beras dan pindahkan orang uzur ke pusat bah?
Pernahkah lihat Raja Kamarul Bahrin sendiri berbuat begitu selain sekadar hebat bercakap dan berceramah? Apa yang dibuatnya di Kuala Terengganu sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen PAN?
0 comments:
Post a Comment