Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 15, 2016

JEMAAH UMRAH TERKANDAS TERUS MENANTI


Jemaah umrah terkandas terus menanti


Nilai - Seramai 200 jemaah umrah masih terus menanti peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas kegagalan syarikat penerbangan sewa khas mendapatkan permit kebenaran mendarat pada Isnin lepas.

Seorang jemaah, A. Husaini Rahman, 41, yang ditempatkan di sebuah hotel di Nilai bersama jemaah lain berkata, sehingga kini mereka masih lagi tidak mendapat sebarang maklumat mengenai status penerbangan mereka.

"Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa berita, saya dan jemaah lain hanya berhubung dengan pihak Eagleexpress Al-Fajr melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp sahaja yang mana hanya menyatakan masih belum menerima sebarang arahan kelulusan untuk melakukan penerbangan," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

"Saya dan jemaah lain bingung dan sebagai orang Islam kami beramai-ramai berdoa agar diberi petunjuk dan berharap mendapat perkhabaran baik dalam masa terdekat," katanya.

Media pada Isnin melaporkan kira-kira 200 jemaah umrah yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah pada hari berkenaan terkandas selepas penerbangan mereka ditangguhkan berikutan permit kebenaran mendarat masih belum diperoleh syarikat penerbangan sewa khas itu untuk membawa rombongan berkenaan.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Eaglexpress gagal.


0 comments:

share2