Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 15, 2016

[MARAN] ORANG ASLI DIGALAKKAN TURUT SERTA PROGRAM KHATAN


Orang Asli digalakkan turut serta program khatan


Pejabat Perkhidmatan Barisan Nasional Parlimen Maran akan meneruskan program "Khatan Perdana" setiap tahun dengan peluang penglibatan semua bangsa terutamanya anak-anak Orang Asli.

Ahli Parlimen Maran yang juga Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib berkata, pihaknya membuka peluang itu secara percuma dan menggalakkan bangsa lain serta kaum Orang Asli supaya lebih ramai dapat menyertai program tersebut.

"Jika ada anak Orang Asli atau lain lain bangsa yang mahu bersama menyertai program itu, lagi baik dan akan dibiayai sepenuhnya Umno Bahagian dan Pejabat Perkhidmatan Parlimen.

"Program khatan dianjurkan saban tahun bagi meringankan beban pembiayaan RM80 seorang anak yang perlu berkhatan. Namun belum ada lagi orang lain (bangsa lain) yang menyertai program tersebut dan jika ada kita sangat sangat mengalu-alukan. Ini kerana berkhatan adalah baik untuk kesihatan,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Berkhatan yang diserti 50 kanak kanak Dun Chenor.

Hadir sama, Adun Chenor Datuk Mohd Ariffin Awang Ismail.

Beliau berkata, tujuan utama menganjurkan program tersebut bagi membantu kalangan ibu bapa dan keluarga selain meringankan bebanan RM80.00 dikenakan bagi berkhatan jika dikinik swasta dan caj pendaftaran hospital.

Menurutnya, program tersebut telah bermula sejak sembilan tahun lalu dengan disertai seramai 30 orang sahaja dan kini meningkat setiap tahun.


0 comments:

share2