Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 15, 2016

BUDAK DAKWA DICEKIK PEKERJA RESTORAN


Budak dakwa dicekik pekerja restoran


Ampang – Seorang budak berusia 12 tahun dipercayai cedera setelah dicekik dan kepalanya dihentak ke dinding oleh pekerja sebuah restoran di Pandan Indah, Isnin lalu.

Menurut mangsa, ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia mahu ke tandas yang berada di belakang restoran dan secara tidak sengaja terlanggar pekerja restoran berkenaan.

"Dia kemudian marah dan cekik leher saya...lepas tu hentak kepala saya ke dinding, saya terjatuh dan kepala saya terkena tong gas,” katanya.

Akibat kejadian itu katanya, dia luka di leher dan bengkak di kepala.

Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, sebelum dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan kejadian tersebut.


0 comments:

share2