Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 15, 2016

PEMANDU WANITA BIADAP, TANDATANGAN PERKATAAN KESAT


pdrm


Johor Bahru - Tindakan biadap seorang pemandu wanita menurunkan tandatangan bertulis perkataan kesat pada kertas saman mengundang padah apabila ditahan polis di Jalan Tun Abdul Razak, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian berlaku jam 8.50 malam ketika anggota trafik daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS melakukan tugasan di jalan berkenaan.

Menurutnya, anggota polis berkenaan telah mengarahkan wanita berusia 43 tahun itu supaya mengubah kedudukan kereta Mercedez Benz yang didapati telah menghalang lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu lintas dan meletakkan kenderaan pada garisan berkembar.

"Kesalahan trafik yang dilakukan wanita itu telah menyebabkan anggota polis berkenaan mengambil tindakan mengeluarkan saman ke atasnya.

"Wanita itu didapati telah menulis perkataan kesat pada ruangan tandangan dan bercakap dengan nada tinggi mengatakan namanya adalah 'Babi'," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, anggota berkenaan telah menegur perbuatan wanita itu dan kemudiannya mendapatkan bantuan kereta peronda polis untuk menahan dan membawa wanita itu ke IPD JBS untuk tindakan lanjut.

Sulaiman berkata, kertas siastan kes itu telah pun disiapkan dan kita mendapat arahan menuduh wanita itu di Mahkmah Sesyen di sini esok di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan 1955 di mana jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100.


0 comments:

share2