Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 10, 2016

SIMBAH ASID: LELAKI DIBUTAKAN SEBAGAI HUKUMAN


Ameneh Bahrami


Tehran - Seorang lelaki Iran dibutakan sebagai hukuman atas kesalahan menyimbah asid kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun sehingga menyebabkan dia hilang penglihatan.

Undang-undang itu adalah sebahagian kod syariah Islam tetapi pelaksanaannya dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Ketua hal ehwal jenayah pejabat pendakwa Tehran, Mohammad Shahriari berkata, pada tahun 2009, lelaki tersebut menyimbah asid ke muka kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di rantau Sanandaj dan menyebabkan dia buta.

"Hari ini, undang-undang jenayah telah digunakan di hadapan saya dan pakar-pakar," katanya tanpa memberi maklumat lanjut.

Mangsa boleh memilih hukuman untuk dikenakan ke atas penyerang mereka yang mana selalunya ia dilakukan berdasarkan wang tuntutan ganti rugi.

Pada 2011, seorang wanita muda Iran, Ameneh Bahrami, salah seorang mangsa yang menjadi buta akibat serangan asid beberapa tahun sebelum itu, menggunakan hak tersebut, yang mana dia tidak mahu penyerangnya mengalami perkara yang sama.

Manakala awal tahun ini, dilaporkan seorang lelaki Iran menjadi buta sepenuhnya atas hukuman kesalahan menyimbah asid kepada seorang pemandu teksi pada tahun 2009.

Lelaki tersebut Mojtaba Saheli, 31, sebelum itu buta mata kiri kerana asid pada tahun lepas, kini menjalani peringkat kedua dan terakhir hukuman, iaitu kemusnahan mata kanannya.


0 comments:

share2