Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 10, 2016

SIDANG DUN: EXCO SELANGOR MARAH DENGAN SIKAP ADUN PKR


Elizabeth Wong


Shah Alam – Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong naik angin dengan Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR yang seolah-oleh menuduh kerajaaan negeri gagal menangani masalah pencemaran di Semenyih hingga pencemaran berlaku hampir setiap tahun pada Sidang Dun, tadi.

Pada masa sama, Elizabeth turut mempersoalkan ketidakhadiran Yaakob pada sesi penggulungan semalam berkenaan perkara itu yang telah dijelaskan beliau sendiri pada sesi tersebut.

“Kota Anggerik sepatutnya berada dalam dewan bila saya menggulung semalam.

“Hadir dalam dewan kalau nak dengar jawapan! Kalau tidak jangan hantar soalan, sesi penggulungan hanya 45 minit!,” katanya dengan nada agak keras.

Jawapan yang konotasi keras itu disambut, Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas) dengan menasihati Elizabeth agar menjawab persoalan yang dikemukakan secara profesional.

“Saya ingatkan exco tak boleh marah, jangan macam itu…orang (Yaakob) tanya jawablah dengan baik, jangan marah-marah.

“Sikap sebagai seorang exco kena jaga juga, kalau nak gaduh kita boleh gaduh, tak ada masalah,” katanya seolah-oleh mempertahankan Yaakob.

Pada masa sama, Yaakob turut menyifatkan Elizabeth 'stress' dengan isu yang menjadi portfolionya itu.

“Nampaknya exco jadi 'stress',” katanya dengan nada sinis.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Elizabeth.

“Saya bukan 'stress', cuma bila kerajaan negeri jawab sila ambil nota, beri sedikit perhatian, kita sediakan semua jawapan semasa sesi soal jawab dan penggulungan.

“Semua pegawai di sini bertungkus lumus beri jawapan tepat, jawapan dah diberi sejak hari kedua tak silap minggu lepas selama 45 minit, apa kerajaan negeri buat, apa masalahya dan lain-lain semua kita dah jawab,” katanya.

Terdahulu, Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari bertanyakan masalah pencemaran di Semenyih yang bukan sahaja berlaku pada tahun ini sahaja tetapi sejak tahun 2008 bahkan pada setiap tahun.

Katanya, pihaknya nampak tiada langkah begitu mantap yang dilakukan kerajaan negeri agar ia tidak berulang, apakah jaminan kerajaan agar ia tidak berulang?


0 comments:

share2