Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 10, 2016

PASANGAN SUAMI ISTERI CEDERA DISERANG GAJAH LIAR


gajah


Tawau - Sepasang suami isteri warga Indonesia cedera apabila diserang dan dipijak seekor gajah liar yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di kawasan ladang perkayuan Brumas, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, AsistenKomisioner Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja ladang perkayuan Brumas

dikenali sebagai Santoko Satria, 44, dan isterinya, Susi Sudirman, 36.

Beliau berkata mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan, namun isterinya cedera parah di bahagian badan, tulang rusuk serta muka dan kini masih dirawat di Hospital Tawau.

"Kedua-dua mangsa cuba melarikan diri, tetapi si suami dilibas dengan belalai gajah menyebabkan dia terlambung ke udara dan terhempas ke tanah sebelum gajah itu mengejar dan memijak si isteri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas 'mengamuk', haiwan liar itu memasuki semula ke hutan berhampiran.


0 comments:

share2