Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 12, 2016

[RAUB] 36 PENAGIH DITAHAN DI KEBUN SAWIT


gari


Tiga puluh enam lelaki yang disyaki penagih dadah termasuk empat pengedar ditahan ketika serbuan Op Sarang di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sain, Chenua dan Dong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia antara 20 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi selama 10 jam bermula 8 pagi, hasil maklumat orang awam. 

"Ujian saringan mendapati semua suspek adalah positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan lampau. Polis juga merampas dadah jenis heroin kira-kira 20.95 gram dan syabu seberat 9.80 gram yang dianggarkan bernilai RM10,000. 

"Turut dirampas ialah 23 motosikal yang digunakan mereka untuk ke kebun sawit berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Wan Mohd Zahari menambah mereka yang disyaki positif dadah ditahan reman sehingga Isnin depan, manakala reman ke atas suspek bagi kesalahan mengedar berakhir pada Khamis, untuk membantu siasatan.


0 comments:

share2