Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 12, 2016

AIR PASANG BESAR: PENDUDUK TEBING SUNGAI BUAT PERSIAPAN


Air Pasang Besar


Bagan Datoh - Penduduk di kawasan tebing Sungai Perak dan muara Sungai Bernam di sini sudah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat fenomena air laut pasang besar yang diramal berlaku Isnin ini. 

Tinjauan Bernama ke Kampung Parit 25 Baroh di Mukim Hutan Melintang dan Kampung Teluk Selendang serta Kampung Ladang Bharu dalam Mukim Teluk Bharu mendapati penduduk telah mengalihkan perabot dan peralatan elektrik ke tempat lebih tinggi di dalam rumah masing-masing.

Malah penduduk di ketiga-tiga kampung berkenaan yang terjejas dengan banjir akibat fenonema air pasang besar pada 19 Sept dan 15 Okt lepas mula mempersiapkan segala dokumen yang perlu.

Penduduk kampung Parit 25 Baroh, Musa Mat Aris, 48, berkata beliau telah melakukan semua persediaan awal sejak minggu lepas apabila berita mengenai air pasang besar bakal berlaku sekali lagi di kawasan itu.

"Semua barangan dan dokumen penting diletakkan di tempat lebih tinggi dan saya juga memasang penghadang di bawah pintu bagi menyekat air laut masuk dengan banyak ke dalam rumah," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.


0 comments:

share2