Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 17, 2016

BILA AIR HUJAN WARNA HITAM


Bila air hujan warna hitam


Hangzhao - Hujan air berwarna hitam melanda penduduk Hangzhao pagi Isnin, menyebabkan rumah, kenderaan dan diri mereka basah dengan dengan cecair berwarna hitam.

Menurut laporan Shanghaiist, 'hujan hitam' tersebut adalah berpunca dari sebuah kilang yang sedang dimusnahkan berdekatan dengan bandar tersebut.

Rupa-rupanya, ketika proses meruntuhkan kilang berkenaan, pekerja tidak sengaja menyebabkan kebocoran tangki mengandungi serbuk petroleum mentah.

Akibatnya, serbuk berkenaan dibawa angin dan secara tidak sengaja dihujani 'hujan normal' yang kemudian melanda Hangzhao.

Walau bagaimanapun, jabatan perlindungan alam semulajadi mengesahkan serbuk petroleum mentah dan kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.


0 comments:

share2