Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 17, 2016

TIGA RUMAH MULA DIMASUKI AIR PASANG


Air Pasang Besar


Kota Bharu - Air pasang mula memasuki kira-kira tiga rumah penduduk pesisir Pantai Pulau Kundor bermula jam 7 malam tadi.

Keadaan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 18 ahli keluarga dari tiga rumah lebih berjaga-jaga untuk berpindah sekiranya paras air laut semakin naik.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Tanpa Mukim Pulau Kundor, Nik Abdul Aziz Nik Musa berkata, penduduk kampung kini terpaksa membuat persiapan dengan menyimpan barangan berharga di sebuah surau berhampiran yang terletak kira-kira 300 meter dari pantai.

Nik Ab Aziz berkata, semasa kejadian awal, dia bersama penduduk lain baru pulang dari menangkap ikan.

"Kami lihat air deras dari muara memasuki laman rumah setelah melepasi guni pasir (geobag) yang dibina untuk mengurangkan hakisan pantai.

"Saya bersama lima anak termasuk tiga lelaki berusia 20 hingga 31 tahun mula mengangkut barangan berharga untuk disimpan dekat surau," katanya.

Dia juga turut menyatakan rasa bimbang air pasang akan lebih besar kerana pada masa ini, masih berlaku tiupan angin kencang dan laut bergelora.


0 comments:

share2