Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 26, 2016

PULAU TIOMAN TERBENTUK DARIPADA SEEKOR NAGA?


Pulau Tioman terbentuk daripada seekor naga?


Kisah lagenda Pulau Tioman itu terbentuk daripada seekor naga adalah cerita turun temurun orang-orang tua di Kuala Rompin yang kadangkala ada logiknya berdasarkan fizikal pulau itu sendiri.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Rompin, Mohammad Razak Daud, berkata, berdasarkan hasil dapatannya dari pelbagai sumber mengatakan di bahagian bawah pulau itu wujud rongga.

Menurutnya, jika pergi ke Kampung Mukut di Pulau Tioman pula terdapat dua gunung yang apabila dilihat di beberapa kawasan sebelah darat seperti Pantai Hiburan akan kelihatan seperti balung naga.

“Selain cerita-cerita mengenai kejadian pulau itu, terdapat juga cerita yang mungkin berunsur mistik seperti pada zaman dahulu tidak boleh membawa cuka ke Pulau Tioman, jika dibawa juga ia akan bergegar.

“Namun ini semua cerita turun temurun orang-orang tua yang tiada kesahihannya yang pada zaman sekarang terus menjadi kisah lagenda,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimana pun, Mohammad Razak turut menegaskan bahawa jika dapat dilihat dengan jelas pada waktu tertentu pulau yang terletak 40 batu nautika dari Kuala Rompin itu memang menyerupai naga seperti dalam bentuk yang sempurna dari kepala hingga ke ekornya.

Beliau juga bersetuju kisah kejadian Pulau Tioman itu dikomersialkan di Pantai Hiburan supaya menjadi tarikan kepada pelancong untuk mengunjunginya.

“Pada saya siapa yang dapat melihatnya memang cukup bertuah kerana ia akan kelihatan jelas bergantung kepada cuaca. Jika cuaca baik insya-ALLAH akan nampak jelas,” katanya.


0 comments:

share2