Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 23, 2016

PEKA KELUHAN PENOREH, PETANI


Peka keluhan penoreh, petani


Rantau Panjang - Kerajaan ternyata mendengar denyut nadi penduduk terutama membabitkan petani yang terjejas akibat banjir.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim berkata, beliau pernah mengutarakan keperitan dihadapi petani di seluruh Kelantan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurutnya, terdapat 43,000 pekebun kecil terdiri daripada penoreh dan petani kelapa sawit di seluruh Kelantan Utara, manakala kira-kira 4,000 petani dari jajahan Pasir Mas.

"Memandangkan Rantau Panjang sering dilanda banjir menjelang November setiap tahun, maka ia menjejaskan mata pencarian ribuan pekebun kecil di sini.

“Sebagaimana bantuan kerajaan terhadap nelayan, bantuan sama wajar diberikan kepada penoreh getah kerana mereka bukan saja tidak dapat keluar bekerja, malah mengalami kerugian apabila pokok mati akibat banjir.

“Ini turut mengambil kira kejatuhan harga getah sehingga menjejaskan pendapatan pekebun kecil di sini,” katanya.

Abdullah yang juga Ketua Umno bahagian Rantau Panjang berkata, ini tidak termasuk kerugian akibat perubahan cuaca akibat El-nino sebelum ini.

Kelmarin, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat menyatakan, kerajaan memberi insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, dengan memperuntukkan RM250 juta untuk pelaksanaan pembelian ‘harga lantai’.

Sebagai langkah tambahan, kerajaan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi tiga bulan iaitu pada November, Disember dan Januari yang akan memberi manfaat kepada 440,000 pekebun kecil.


0 comments:

share2