Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 25, 2016

JANGAN VIRALKAN YANG BUKAN-BUKAN!


HSA


Ipoh - Pelajar perubatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan dinasihat supaya tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah, hari ini.

Timbalan Ketua Setiausahanya, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussein berkata, perkara itu ditekankan kerana pihaknya tidak mahu tragedi yang berlaku disalah erti sehingga menimbulkan persepsi negatif oleh masyarakat.

"Kalau tak pasti jangan sebarkan dan individu yang berada dalam Kementerian Kesihatan juga telah diarahkan jangan sebarkan gambar-gambar yang boleh menimbulkan tanggapan negatif.

"Hormati dan perlu sensitif terutamanya terhadap pesakit dan keluarga mangsa kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen 2016 yang berlangsung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar dan kakitangannya yang didapati menyebarkan maklumat salah berkaitan tragedi berkenaan.

"Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu dalam kementerian jika didapati melanggar arahan ini," katanya.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan pihak berkuasa bagi merungkai punca sebenar tragedi tersebut.

"Biarlah pihak berkuasa yang mengadili perkara ini, kita sebagai masyarakat perlu ikut arahan yang dikeluarkan sepertimana kenyataan rasmi menteri," katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan enam pesakit maut dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, ICU HSA yang dipercayai kejadian disebabkan litar pintas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh menjelaskan mangsa yang maut ialah empat wanita dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an.


0 comments:

share2