Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 25, 2016

DUA MINIT TIGA DULANG EMAS LESAP


 Dua minit tiga dulang emas lesap


Batu Gajah - Dalam masa dua minit, empat penjenayah bersenjatakan tukul besi melarikan tiga daripada 26 dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM60,000 dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Pejabat Pos, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 pagi itu, kesemua suspek menaiki dua buah motorsikal, dua daripada mereka masuk ke dalam kedai.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, dua penjenayah kemudian memecahkan kaca meja pameran sebelum melarikan barang kemas berupa rantai emas.

"Senjata yang digunakan penjenayah untuk memecahkan kaca itu adalah tukul besi dan suspek memakai topi keledar serta bersarung tangan.

"Selepas berjaya membawa lari barang kemas berkenaan, suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri menaiki dua motosikal ke arah Ipoh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah Nasri lagi, ketika kejadian, hanya pemilik yang berada di dalam kedai namun tidak diapa-apakan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyamun.

"Siasatan awal melalui kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati imej empat lelaki berkenaan," katanya lagi.


0 comments:

share2