Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 28, 2016

EXCO: TINDAKAN TEGAS MENANTI KAKITANGAN TAK DISPLIN


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu


Kuala Terengganu - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) tidak akan bertolak ansur dengan kakitangannya yang mempunyai masalah disiplin termasuk penyelewengan dan ketidakhadiran ke tempat kerja.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri‎, Ghazali Taib berkata, tindakan tegas termasuk menamatkan perkhidmatan akan dikenakan terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan kerja.

"Pihak JHEAT meneliti segera permasalahan ini dan akan mengambil langkah memulihkan kembali imej jabatan itu.

"Kita meminta pesuruhjaya JHEAT mengambil tindakan sewajarnya kepada kakitangan yang tidak mematuhi arahan dan prosedur kerja bagi mengelak persepsi negatif membelenggui jabatan," katanya selepas menghadiri majlis Santai Bersama Media di sini, semalam.

Menurutnya imej JHEAT perlu dipulihkan kerana ia terpalit dengan kes penyelewengan akibat perbuatan kakitangan yang kurang efisyen.

Ghazali berkata perkara itu akan dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata kesemua kakitangan jabatan itu kini dalam pemantauan berikutan prestasi kehadiran ke pejabat yang tidak memberangsangkan.

"Tindakan tegas perlu diambil dan ia akan dilaksanakan mengikut peraturan penjawat awam,"katanya.


0 comments:

share2