Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 29, 2016

‘MOK TOK SEY MAAF KO DIA'


‘Mok tok sey maaf ko dia’


Pasir Mas - "Mok tok sey maaf ko dia, biarlah dia duduk dale penjara mugo dia buat salah," kata Mek Som Mat Diah, 89, ketika diberitahu tentang Mohd Fikri Noor Rosland,19, yang dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Dia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal di sini baru selesai mandi selepas 11 hari tidak mandi dengan sempurna kerana menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mek Som pulang ke rumahnya semalam kira-kira jam 5 petang setelah dibenarkan pulang.

Menurutnya, dia perlu mendapatkan rawatan susulan untuk membuka balutan dan mencuci luka pada 5 Julai ini di klinik berhampiran.

Dia yang berkerusi roda ketika itu turut memberitahu keinginannya untuk membuat ketupat palas manis untuk raya tahun ini tidak akan tercapai.

"Enam hari lagi nak rayo, sekalo mok buat ketupat tapi tahun ni tokleh dohla," katanya.


0 comments:

share2